Langkau ke kandungan utama

Tok tok, Siapa Di Sana?

Hampeh menyesal aku layan wayang seram kantonis tengahari tadi yg haram tak seram pun.

Ini tidak bermakna filem berjudul Knock Knock Who's There? seteruk yg aku ceritakan. Idea dia nak buat seram tu ada cuma tak memenuhi aras seram aku yg tinggi nih.

Pada asasnya filem ini ada tiga cerita hantu berasingan yg cuba dikaitkan menjadi satu. Kisah pertama pasal hantu yg kehilangan kepala. Klise bunyinya tetapi kematian tragik ni menemukan semula 'hantu' tadi dengan bekas kekasihnya yg kebetulan mengurus hal-hal kematian dan pengebumian.

Masih berkisar di kawasan yg sama, kisah kedua berkenaan hantu kucing yg membalas dendam selepas dikorbankan untuk tujuan menang berjudi. Tak tahulah samada dendam tertunai tapi ceritanya di sini mcm tergantung sikit.

Tidak jauh dari tempat kejadian kisah pertama dan kedua terjadi pula kisah hantu meminta kuncinya utk dipulangkan supaya dpt kembali. Hantu kunci ini menjadi mangsa selepas menjadi sasaran nafsu luar tabii seorang lelaki nikrofilia.

Bhgian hantu yg ketiga ni sedikit pelik dan mengelikan isi perut. Mungkin sbb bahagian ni jgk filem ini tidak berstatus U. Jadi budak2 kecik tak bleh layan ni tau yea!

Habis tayangan, aku ke Pezzo Pizza menjamu selera.


Angkat tangan. Cukup ke one slice tu je? Cukup kot. Nak makan banyak2 ingatkan diri balik skrg tgh diet kan? Banyak cheat day lately mcm mn nak jaga badan ni oi! Tinggi tak tambah ukuran likit pinggang plak melebar!


Malam ni pikir nak layan tema hantu-hantu jugak. So selamat bertemu Joe Black.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...