Langkau ke kandungan utama

The Company Man

Seharian suntuk membuta, malam berjagalah nampaknya. Sesambil tunggu kantuk datang, elok kita hapdet belog lah kan?

Petang tadi sempat jugak sambung layan The Grey tapi tak sampai habis. Citer pasal mangsa nahas kapal terbang menyelamatkan diri dari sekumpulan serigala di tengah-tengah belantara salji. Fikir hari tu sebab mengantuk, tapi layan balik pun sama jugak citernya tetap membosankan.

Bila dah bosan tu maka tidurlah aku lagi.


Dah bangun cek2 dlm pendrive ada pulak lagi muvie lain yg boleh ditonton. The Company Man.

Play sikit, aik dlm hati. Citer ni aku ada rancang nak beli kat Amazon tempohari. Tak tahulah pulak ada dlm simpanan. Maklumlah belasah aje copy dari adik. Tak pilih bagus ke tidak. Dah ada tu fikir tak payah lah beli dah. Layan je yg ada dlm pendrive tuh.

Tarikan utama citer ni bagi aku sudah tentulah pelakon dia. Apa ntah nama dia susah aku nak ingat. Mula-mula nampak dia berlakon dalam satu drama Korea, Story in Bali. Mana2 cerita yg aku tengok mata dia tu lah yg aku suka perati.

Mata sedih, aku panggil. Mata bikin sayu.

Mamat bermata sedih, dalam gambo tuh bekerja kat sebuah kampeni, hence filem bertajuk The Company Man. Kampeni import eksport besi katanya tapi sebenarnya kampeni pembunuh upahan.

Nak dijadikan cerita, pembunuh upahan yg hensem ni - dia je lah yg hensem kan dah namanya hero - berhati mulia plak. Bos atas suh bunuh sekian-sekian, dia pergi plak selamatkan. Dah le dibagi naik pangkat jadi status PENGURUS, dia pandai-pandai plak engkar arahan.

Bukan sekali, tetapi bbrp kali.

Sedang elok nak letak jawatan, orang atasan mengarahkan rakan sekerjanya utk menamatkan riwayat mamat tuh. Hujungnya si mamat mengamuk habis satu kampeni dia pegi bunuh semua!

Jalan cerita filem ni secara keseluruhannya tidak begitu kuat, longgar dan mcm takde gam. Kita penonton pun tak berapa jelas kenapa watak utama berubah dari seorang yg sekadar menjalankan tugas ambil nyawa orang kepada orang yg merasakan seseorang itu patut hidup lagi.

Konfilik sepatutnya wujud sebab ada pesara yg cuba menyertai semula kampeni, berlawanan dengan watak utama yg mahu keluar dari kampeni. Tetapi tidak menjadi di situ.

Mungkin jugak filem ni mahu menonjolkan aspek yg menjadi kekuatannya iaitu filem aksi. Kalau dilihat dari sudut tuh aku rasa agak berjaya jugak. Setiap aksi yg ditonjolkan dengan gerak lincah meyakinkan. penuh berdarah dan tiada peri kemanusian.

Sebagai penutup kata, aku bagi filem The Company Man: 6/10.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...