Ni dah takde keje lah ni tengahari buta gi sepai blok sebelah.
Mentang-mentang hari tu baru dapat telephoto zoom 8x jiran sebelah pun ko nak sekodeng ek? Ala saje lah testing power kan? Tak bleh ker?
Ada image distortion sket tapi okeylah for fun kan? Aku suka sbb very quick setup, in seconds boom ko dah boleh tinjau tempat yg ko nak skodeng tuh. Harga pun dalam linkungan mampu milik gitu kan?
Dah harga mampu tuh tau2 sajalah material dia pun gigil. Yg aku baru beli bbrp hari lepas ni pun dah tercabut kanta kat dalamnya. Terfikir jugak nak cuba baiki sendiri, but risk ruining kanta dia.
Kanta dapat lekat, tapi comot imej yg dihasilkan baik tak payah.
Susah2 beli baru jelah. Bukan mahal pun kan? Kali ni kena pilih betul2 zoom lense yg kualiti bagus sket.
Or even better beli attachable lense mcm yg Sony perkenalkan bbrp tahun sudah. I have my eye on QX30!
Yg ni lagi lensa mobil yg aku baru rembat dari lelong.com.my. Lensa Intipan katanya. Sayangnya tidak sesuai digunakan pada aku punya S6 Edge.
Penggunaannya mudah sahaja. Lekapkan pada bukaan lensa kamera, dan voila ko dah boleh menyepai persekitaran kau tanpa perlu nak mengalihkan pandangan dari skrin henfon.
Lensa intipan yg aku beli ni bukan jenis klip. Opsyen dia menggunakan cincin pelekat yg dibekalkan. Untuk dua tiga kali percubaan seronok lah. Tetapi selepas bbrp minit lensa pun melucut.
Itu baru duduk. Cuba buat aksi sikit kompom berterbangan lensa aku tuh.
Kesimpulan aku lensa murah ni tidak praktikal jika nak digunakan sebagai alat intipan utama. Kalau nak guna jugak seriusly kena fikir alat pelekap yg lebih kuat.
Untuk seronok-seronok okie lah kot yea. Ni satu contoh hasil ketik dari tepi. Memandangkan mula2 tadi aku pakai S6 aku terpaksa adjust kedudukan lensa dgn kamera S6 jauh sedikit. Hasil yg kita lihat adalah cermin periskop pada lensa.
Ya betul! Lensa intipan kita sebenarnya adalah jenis periskop. Harap maklum.






Ulasan
Catat Ulasan