Langkau ke kandungan utama

VivaVideo Pro

Tak sibuk cuti Deepavali baru nih memberikan aku banyak masa untuk curi tulang... Ooppsss... godek-godek apps baru dlm henfon.

Dah terbiasa dengan video editor yg tersedia, terhengen plak nak cuba third party punya. Nama apps yg pertama singgah dlm kepala hotak aku ialah VivaVideo.


Memandangkan aku tak suka watermark bagi edisi gratis aku ambil edisi PRO. Dengan sumbangan lebih kurang RM11 begitu selain takde watermark bg final video, segala annoying ads yg menyemak tu pun semuanya lesap dari paparan antaramuka!

Antaramuka apps VivaVideo. Aku pilih EDIT untuk mula menyambung cantum kompilasi video baru. Kerja kompilasi terdahulu boleh didapati di STUDIO.


Pengalaman menggunakan Video Editor dlm Samsung tu aku bawak ketika menggunakan VivaVideo ni jadi tak lah gagau sangat bila tengok banyak sangat options memenuhi antaramuka. Pada asasnya tak banyak options yg aku perlu guna pun. Ada masa tu terhenti sekejap sebab ada ciri-ciri yg aku guna pada Video Editor Samsung tiada dalam apps ni.

Tidak seperti Video Editor Samsung, VivaVideo menawarkan lebih banyak pilihan filter dan tema.


Ini hasil kerja tangan pertama. Memandangkan tiada pilihan untuk kawal audio video for single clip dlm VivaVideo, aku terpaksa mute kan semua sekali. Pilhan muzik latar pun kita tidak boleh ubah volumenya. Jadi kita default kan sajalah apa yg telah ditetapkan oleh apps. (Hapdet terbaru: function untuk ubah volume muzik latar ada... baru jumpa pagi ni.. hehehe)

Bila tengok hasil kerja ni baru aku perasan awek mat salleh yg aku selisih tuh duduk sebaris selang bbrp orang masa menonton tarian kecak. Mcm aku nampaknya awek ni pun bergerak solo. YOU ROCK!

Dalam sedutan lain pula kelihatan Pak Darma.


Aku ada banyak sisa rakaman bercuti ke Bali hari tuh, jadi apa lagi kita pilih-pilih mana shot yg sesuai, satukan jadi satu klip syok sendiri. Yg baru saja aku haplot ke Youtube ini konon-kononnya tribut kepada penyanyi nasyid era 80an, Allahyarham Hjh Nur Asiah Jamil dgn menampilkan lagu bertajuk PETANI.

Pada umumnya, aku suka VivaVideo Pro ni kerana ada banyak pilihan filter dan tema yg boleh digunakan. For quick editing, kemudian kongsi di media sosial mmg bagus sangat! Satu saja yg kurang apps ni masih belum support lagi kualiti video HD.

Rating penggunaan? 3.5 dari 5 bintang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...