Langkau ke kandungan utama

Telephoto Lense 8X


Dah sampai pun pesanan Isnin lepas. Kalau tak kerana ada cuti umum menyambut Deepavali hari Selasa tuh aku jamin barang dah sampai sejak Selasa lagi. Cepat jugak sampai korang kata... Laaaaa... Dijamin sampai besok katanya kan? Tak banyak cakap mari kita kopek apa barang dalam!


Itu dia telescope kita. Dgn kuasa pembesar sebanyak 8x, agak2 apa yg kita boleh paparazi kan? Jom tengok hasil tangkapan aku pagi ni ketika bersiar-siar di garden sea front hotel tempat aku bekerja.


Pulau kecil seberang tuh yg akan jadi subjek ujikaji kita pada pagi nih... Hehehe... Kebetulan pagi ni tengah surut. Kalau sinsing seluar boleh menapak ke pulau tu. Aku ni nama aje dah masuk lima tahun keje sini. Tak pernah lagi sampai ke pulau tuh.


Biasa nampak dari kejauhan kan? Skrg dah boleh nampak pantai pulau tuh. Boleh make out flora yg meliputi pulau. Jom kita pergi dekat lagi...


Ni dah zum digital pakai henfon dah ni. Aku punya S6 Edge boleh magnified sampai 8x lagi. Nampk dah batuan di gigi pulau kecil itu.


Gambar berikutnya. Ini kira dah habis zum dah ni... Beso lagi dah tak boleh dah. Gambar pun macam jadi tak brp jelas dan kabur. Nak lagi elok mungkin kena dapatkan lensa yg lagi besar kebolehannya. Mungkin up lagi ke 12x atau terus ke 18x. Mana2 yg ada dulu lah kan?

Apa pun aku lebih suka jenis yg clip on bukan yg melekat pada tripod. Clip on bagi aku lagi senang nak bawak. Yg pakai tripod ni satu hal nak bawak pendakapnya lagi... nak bawak tripodnya lagi. Seperti pembaca sedia maklum, tema aku TRAVEL LIGHT.


Dah amik gambo, kita amik bideu plak. Test tengok mcm mana...

Aiyo ketar lah! Berat tambah sikit aje tangan dah tak steady. Hahaha.. Parkinson teros. Itu sebab agaknya aku tak beli-beli DSLR sampai sekarang. Ini lah salah satu sebabnya berat sikit tangan ketar. Hasilnya gambo tak sharp dan blurry. Mungkin aku kena fikir option pakai tripod.

Kalau tripod tuh tade masalah kut. Memang dah ada! Sesambil kita carik telephoto yg lagi besar kuasanya mari kita paparazi orang dulu!


Ha tu diaaaa... Kedapatan dah curik tulang sorang ni. Main fon lagi time kije yea... Nak kena tiau ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...