Langkau ke kandungan utama

Orang Noob Tangkap Bulan

Korang nampaknya kena banyak bersabar lah untuk bbrp minggu ni. Sejak dua menjak ni aku obses sikit pasal benda-benda yg berkaitan dengan zum. Tambah lagi baru-baru ni baru terima kamera kompak yg ada super zum. Maka sampai hujung tahun lah entri-entri aku ni pasal zum aje.

Malam tadi dikala semua orang sedang lena diulit mimpi, aku berjaga cuba mencuri pandang wajah sang bulan.

Mujurlah bulan timbul juga biarpun langit tidak berbintang.

Dengan peluang yg ada untuk test power SX60HS ni aku pun lari-lari anaklah menegakkan tripod rm30 yg aku beli dua tahun sudah.

Tiada setting apa yg aku guna pada kamera. Aku sekadar acu kamera ke arah bulan di awanan. Dan hasilnya lihat lah pada rakaman video ini.


Photography idiot mcm aku ni, hasil mcm ni pun dah cukup memuaskan hati. Tercapai hasrat merakam wajah bulan guna kamera sendiri. Bukan sebelum ni takde kamera. Tapi kamera yg ada tiada telefoto yg boleh tangkap objek jauh.

Lagi-lagi lah dengan kamera henfon.

Pakai mata kasar nampak cantik berseri je sang purnama. Tapi bila snap hasilnya dot putih berlatar warna hitam.

Tak ke rasa kecewa tuh?


Ini still image yg aku ambil dari video tuh. Ada jugak ketik2 gambar tapi tak tau lah kenapa bulan dia yg memantul balik cahaya. Sebelum lagi banyak ayat-ayat sumpah seranah aku keluar aku pun ambil keputusan untuk stop dulu.

Lain hari boleh cuba kot yea?


Yg ni pulak yg aku terlebih konfiden. Aku random aje ketik tanpa support dari tripod. Hasilnya pun entah apa entah kedudukan bulannya.

Ada banyak lagi yg aku teruja nak cuba ni. Buat masa ni itu jelah dulu.

Ada juga kawan kata kenapa tak beli Nikon P900 yg lebih meletup zum dia sampai 85x!

Satu duit. Satu lagi tak perlu sangat kot nak zum sampai ke lubang cacing di bulan tuh. Selain zum aku ambil pembelian ni sebagai inisiatif untuk berjinak jinak dengan DSLR-like camera. Mana lah tau kan... Satu hari nanti aku akan beli jugak kamera DSLR yg dikatakan hebat ito.

Masa tu baru lah boleh berlagak pro gantung kamera di leher.

Skrg nak berlagak pun yg taunya pun Mode Auto je so toksah mengada beli DSLR!

Dengan itu sekian untuk entri kali ni.

Ulasan

  1. kalau bulan boleh nampak camtu, teropong jerawat orang camner lah rupanya ye :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.