Langkau ke kandungan utama

SilkPeel & Seafood

Ada event besar dlm masa terdekat ni jadi kitorang fikir elok gi buat face treatment sebagai persediaan. At least tak le muka nmpk huduh sgt bila lensa menzum lubang hidung.

Kebetulan pula ada promosi hujung tahun, maka kami pun sekonyong-konyongnyalah mengunjungi pusat rawatan muka Cantik di Papar untuk sesi pertama dari jumlah keseluruhannya enam sesi.

Ada bbrp rawatan muka yg ditawarkan. Kami tertarik untuk mencuba SilkPeel DermalInfusion. Rawatan muka terkini gitu. Macam microdermasion jugak cuma non-abrasive.

"Apa yg kau tidak puas hati dengan muka kau skrg?"

Tu dia masuk-masuk je dokter tanya soklan cepumas.

"Tiada jugak masalah jerawat kau ni. Berminyak seja. Bekas parut lama mungkin yg kau concern ni kan?"

Hamboi.... Terlebih peramah pulak dokter Liza ni kan?

Kata iklan painless tapi merah2 jugak muka lepas muka kena peel. Itu yg bikin semua org tak maw selfie.

Selfie tak mahu, melantak tak nak tolak.

Selepas treatment kami pun membawa perut ke restoran Seafood Beringgis.


Datang ke restoran yg terletak di Kampung Beringgis, Papar ni tak sah kalau tak pesan soft-shell crab dya. Maklumlah menu spesel kat restoran ni. Untuk kali ni kitorang mintak masakkan dgn salted egg york.


Dah berempat kompomlah tak cukup isi ketam secoit tuh. Tambah lagi menu lain. Ketam sudah, kitorang pilih udang plak. Mcm biasa mintak buatkan butter prawn.


Mencanak kolesterol mcm ni kannn??? Jadi kononnya pilihan menu berikutnya menyeimbangkan lah? Tu dia tilapia kukus sos tiram. Haisshhhh... kecur air liuq baq hanggg...


Last but not least, kangkung masak belacan bagi menyempurnakan hidangan.

Dah byk mknn terhidang tu ada hati lagi nak tambah kerang tau!

Total makan semuanya dlm RM120 sahaja. Yea yg pakai baju merah tu yg bayar. Tima kaci.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.