Langkau ke kandungan utama

Come Full Cycle


Ko hader? Beli tiket wayang siap kena tulis nama?

Alkisahnya MBO tersilap jual tarikh tiket tayangan Kungfu Panda seminggu lebih awal dari tarikh tayangan.

Aku yg teruja lebih ni terus aje ketik-ketik beli tanpa fikir panjang.

Dah buh dlm website derang takan palesu plak kan?

Bbrp hari kedian pihak MBO Imago kol jelaskan kesilapan teknikal dan memaklumkan tarikh tayangan ditunda ke 10hb.

Tiket patut dituntut early on, tapi aku tidak pulak dimaklumkan. Tak tahulah salah siapa pulak kali ni makanya tiket aku kena hold buat sementara. Untuk mengelakkan kekeliruan pihak MBO tulis lah nama aku yg kiut itu pada tiket.

Tak seronok kan kalau tak menjengah panggung tanpa sedikit keributan?


Apa lah yg nak disungutkan? Bila masuk Hall 1 dan mengadap skrin lengkung besar. Bergetar tempat duduk bila sound trailer next Batman film keluar. Terlupa sebentar kekusutan sebentar tadi.

Eh aku tengok citer apa sebenarnya nih?

Batman ke hapa? Alah korang ni tak pay attention lah! Aku tengok Kung Fu Panda 3 lah!

Ha sudah nak tanya rebiu lettew? Berapa bintang? Eeee malas nak layan taw!


Harapnya cukuplah tiga kot yea muvie nih. Sebab nak sambung2 lagi rasa mcm susah dah sikit. Yg ketiga ni rasa come full cycle. Apa yg tak dijelaskan pada bhg pertama telah didedahkan.

Kalau ada keempat mungkin jalan cerita lain dah pulak yea.

Tapi tau jelah omputih ni suka samgat sekuel2. Selagi boleh jual 4, 5, 6 boleh muncul.

Ulasan

  1. AKu pon dah nonton....siok bah....tapi dload kat PC ja la kan....panggung ??? ooopsss....pitam ....hahahhahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Urmmm... tygn kat mesia lmbt... tu yg dh ada bleh donlot. Apa pun lyn kek panggung lagi goyang bulu hidung. Terbaekkkk

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.