Langkau ke kandungan utama

S7E

Siang tadi ke Maxis centre port out balik ke Hotlink. Malas dh pki toneplus yg mahal nak mampus tp line alangkah sendunya.

Selesai hal tu aku tinggalkan Warisan Square ke Imago menuntut preorder S7E aku tempohari.

Saje lah lambat2 katanya... Ha hambek ko dah ramai beratur di kaunter ambil S7E derang jugak.

Kalau aku lambat sikit kompom berkematu kaki aku berdiri menunggu.


Tu dia enpong baru kiteww...

Kali ni aku berahsia pasal pembelian nih. Tu pasal korang tak nampak aku pos kat mana2 media sosial lagi.

Kalau korang terbaca entri ini maknanya korang adalah antara yg pertama tahu aku rembat S7E.


Aku pikir nak rahsiakan terus la pembelian ni. Selagi org tak tanya kita buat bodoh je lah kan. Lagipun kalau sekilas pandang, kerat kuku, aku yakin ramai yg masih tak bleh nak beza S6E dgn S7E.

Kalau ada perbezaan yg ketara pun dari saiznya yg beso sikit.

Tapi ada ke org sibuk sangat nak cek enpong kita?


Aksesori yg aku suka untuk S7E kali ni. Hedfon dia bukan kaler boring tuh plus dibekalkan USB CONNECTOR tuk transfer fail dari S6E ke S7E.

Pakcik suko!


Dpt percuma... hati pun girang. Bolehlah buh lagu byk2 ek?


Kali ni Samsung totally tukar modul kamera dia. Jadi kita tengok hasil ketik S7E dlm kurang pencahayaan!

Wow! Terang gitu berbanding dgn S6E ada noise sikit pada gambo.


Nak perbandingan yg lain aku haplot Lumia 1020 punya pix.


Amacam? Mantop tak kamera S7E? Jgn lyn sgt kegedikan aku ni. Sbb ini semua nafsu semata-mata....

Ulasan

  1. Berapa harga ni. Tengah mikir2 jugak ni nak cari yg cantik kamera dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah beli... Retail price RM3099nett kut. aku preorder masa launch dulu... dpt 15% diskaun n dpt gift sdcard tuh. cuba ko cek2 online mungkin ble dpt murah.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...