Langkau ke kandungan utama

Raya 2016

Lima tahun kerja kat hotel ni, ini lah kali pertama bercuti raya. Itupun aku pejam aje mata yakinkan diri tim yg sudah dua tahun bersama boleh berjalan tanpa pengawasan aku. Nasib baik sepanjang aku cuti raya tuh tiada masalah besar yg berlaku.


Peluang cuti raya yg julung-julung kali ni diisi dengan melawat sanak saudara belah mak di Kg Klias Kecil, Beaufort. Seingat aku kali terakhir aku pijak kampung ni mcm awal tahun 90-an. Dihitung-hitung macam lebih dua puluh tahun jugak aku tak jenguk kampung mak.


Raya-raya ni aku sebenarnya tak le teruja sangat. Lagi pula dengan usia yg dah menjengah ke senjaan ni makan pun kena berjaga. Asal tunjuk muka jadi lah kut ya. Adik ipar pula terhengen nak kenal sedara mara jadi kita layankan saje.


Raya pertama pula kan wajiblah bermacam menu yg menjemput babat ke perut terhidang. Aku yg hanya rajin berselfie (selagi feeling masih muda) nih hanya jamah kekacang dan air kosong bagi nampak kita makan jugak lah kan. Yg bagusnya semua saudara mara hidang air kacang soya kotak gitu. Dah tak hidang minuman bergas seperti kebiasaannya.

Mesti korang yg bujang atau dah beranak pinak nak tahu, ada tak diajukan soklan cepu emas yg merimaskan tuh.

Bila nak kahwin???

Alhamdulillah, hanya sorang aje tanya. Itu pun bergantung pada kau lah jugak nak anggap tu tanya atau hanya sekadar mengungkit perlunya kahwin.

Datang lagi tahun depan tak tau lah kan kena tanya lagi ke tidak.... Hahahaa...

Rancangan ke Kudat, melawat saudara sebelah sana pulak tak terlaksana kali ini disebabkan kesihatan Beliau kurang memuaskan. Dah kinsil tuh maka kami adik beradik pun buat projek deko raya.

Projek deko raya tu nanti aku ceritakan di entri yg berikutnya ya!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.