Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

RTH

Aku kalau praktis terbangkan deron lebih suka sendiri2. Sebab sendiri2 lebih fokus. Oleh itu tempat yg biasa dipilih wajib tempat yg tiada orang. Resort tempat aku tinggal ni mmg ada kawasan lapang yg sesuai dengan tujuan aku tuh. Hari tu oleh kerana nak kan pencahayaan yg bagus sikit aku keluar lambat. Tak lah lambat mana pun sebenarnya, sekitar 8.30 pagi. Lazim aku menapak seawal 6 pagi. Selain nak elak penonton, nak elak terik mentari sama. Yalah aku bukan berderon kat padang sekolah, tapi kat tepi pantai. Salah haribulan aku balik dengan muka selar. Semangat jugak lah pagi tu aku hangkut kamera segala. Maklumlah penerbangan terakhir 2016 gitu. Nak ketik2 sikit deron bikin kenangan. Sesampai di lokasi, aisehmen ada orang lah pulak! Nak u-turn dah tak sempat. Terpaksa jugak aku teruskan aktiviti. Sudah terbangkan sekali, brother ni pun datang dekat. Bila dah dekat tuh, kepala dia sekejap mengiring ke kanan, mengiring ke kiri membelek deron yg belum aku matikan, me...

2K16

Aku ada terbaca, kalau nak melancong ke mana-mana tapi tiada geng, teruskan sahaja rancangan. Yg akan mahu melancong bersama pasti akan muncul. Dalam kes aku, mungkin ada betulnya. Bukan satu, ada dua mengajak pergi ke Jogja hari tuh. Cuma dengan kenalan sorang ni je yg menjadi. Tahun depan, Insha Allah kami akan sekali lagi melancong bersama ke Siem Reap. Bila bercakap pasal melancong ni, tidak dapat dinafikan lagi cuti-cuti Jogja tempohari adalah highlight paling penting bagi aku tahun nih. Kebanyakan rentetan peristiwa sepanjang tahun ini rata-rata semuanya menghala kepada persiapan ke kota yg diangkat sebagai lokasi penggambaran AADC2. Walaupun aku sendiri belum pernah lagi menonton filem tuh. Aku ke Jogja pun sebenarnya bukan kerana Rangga atau pun Cinta. Sebetulnya aku lebih dulu kenal nama Borubudur dari Kota Jogjakarta. Tempat yg sudah sekian lama aku sebut-sebut entah sejak bila. Dan siapa tahu merentas masa dan tahun aku berpeluang memijak bumi mistik itu. Mung...

Ku Ke Udara Lagi

Sejak dua menjak ni aku tengok belog aku dah macam jadik persinggahan pencuri trafik. Tengok statistik macam beratus org datang, tapi bila disemak puncanya dari halaman yang ntah pape. Lepas tukar tapak lebih kurang setahun yg lalu, aku tukar tetapan utk tidak menyenaraikan belog aku dalam gugel. Ko gugel lah ikut apa pun mmg belog ni takan keluar dlm senarai angkel gugel. Itu yg hairan bila tengok mcm mana boleh belog yg tak banyak pembaca boleh dapat ratusan hit. Adakah aku dah popular??? Agaknya itulah akibat mengabaikan belog nih. Pengunjung hantu lebih ramai. Aku sebenarnya tidak lah mahu mengabaikan belog nih. Kalau boleh mahu setiap hari ada hapdet terbaru. Cuma sejak awal tahun ni aku lebih selektif dalam menyumbangkan kandungan belog. Selektif maksud aku di sini, mana-mana yg bercerita pasal perasaan aku tak terbitkan. Mungkin dahulu, terikut-ikut agaknya, ketika mula berjinak-jinak dengan dunia belog aku cenderung memproses rasa hati dlm belog. Walaupun secara p...

RM300

Alhamdulillah, tahun depan aku sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas tugas merakam momen-momen Annual Dinner Staff. Ikut nafsu mmg mcm2 aku nak sediakan untuk acara tahunan tuh. Berkira-kira dah nak buat apa ala2 profesinal gitu. Siap nak dolly lah. Nak gopro lah. Tapi semua tu nanti siapa yg keluarkan kos? Aku jugak kan? Walaupun itu semua aku nak pakai kemudiannya, tapi tak sesuai pulak rasanya berhabisan untuk acara tuh. Maka aku pun kembali lah kepada tema, pakai apa yg ada dulu. Kalau dibandingkan tahun lepas rasanya aku dah hapgred byk. Aku hitung-hitung dalam 150% peningkatan! Dulu takde handheld gimbal skrg dah ada. Dulu pakai bundle apps je untuk edit video skrg dah pandai guna apps third party. Dan yg paling penting antara semua itu ialah... Deron. Bila cakap pasal deron ni, minggu lepas aku terbang RM300. Eh mcm mana pulak ko terbangkan deron duit boleh terbang sama? Majik kan? Kau hader? Alkisahnya, aku panik bila nampak notification low batt. Aku p...

Bebelan Hujung Tahun

Tahun ni tak habis lagi. Tapi bila tengok tarikh 2016 serasa mcm tahun lepas pulak. Dalam kepala aku dah mula merancang-rancang. Apa rencana 2017 aku? Apa yg syok? Bbrp hari sebelum sambut hari jadi yg ke-38 aku ada bermimpi pelik. Dalam mimpi tuh aku berada di sebuah rumah agam. Dalam rumah agam tu ada seekor gajah. Ada jugak aku tilik2 maksudnya melalui halaman web. Memandangkan mimpi tuh semacam membawa petanda yang baik aku tak ponder lama2. Yg aku ponder ni sebenarnya apa yg bakal terjadi tahun hadapan? Akhir 2015 aku dah mula fikir utk mula menabung. Tahun 2016 yg sedikit selo ni aku dah cuba disiplinkan diri menabung. Mmg telan air liur je nengok duit masuk tabung. Tapi sampai bila nak shopping aje kan? Dengan usia aku yg dah nak masuk ISYAK ni takan masih tetap simpan rm50 sebulan. Paling-paling pun kena tabung minimum RM500. Tahun depan takan nak simpan RM500 sebulan lagi kut? Kena top-up lebih lah dari sepatutnya. Target-target RM1000 lah sebulan tengok baga...