Langkau ke kandungan utama

RTH


Aku kalau praktis terbangkan deron lebih suka sendiri2. Sebab sendiri2 lebih fokus. Oleh itu tempat yg biasa dipilih wajib tempat yg tiada orang.

Resort tempat aku tinggal ni mmg ada kawasan lapang yg sesuai dengan tujuan aku tuh.

Hari tu oleh kerana nak kan pencahayaan yg bagus sikit aku keluar lambat. Tak lah lambat mana pun sebenarnya, sekitar 8.30 pagi. Lazim aku menapak seawal 6 pagi. Selain nak elak penonton, nak elak terik mentari sama.

Yalah aku bukan berderon kat padang sekolah, tapi kat tepi pantai. Salah haribulan aku balik dengan muka selar.

Semangat jugak lah pagi tu aku hangkut kamera segala. Maklumlah penerbangan terakhir 2016 gitu. Nak ketik2 sikit deron bikin kenangan.

Sesampai di lokasi, aisehmen ada orang lah pulak!

Nak u-turn dah tak sempat. Terpaksa jugak aku teruskan aktiviti.


Sudah terbangkan sekali, brother ni pun datang dekat. Bila dah dekat tuh, kepala dia sekejap mengiring ke kanan, mengiring ke kiri membelek deron yg belum aku matikan, menggunakan matanya.

Tiada yg dapat menyediakan aku dengan soalan yg terpacul dari mulut brother tu selepas tuh.

Antara ketawa atau tidak aje aku menjawab soalan brother tuh.

Untuk sembunyikan rasa lucu aku terbangkan deron sekali lagi. Tak tercapai fikiran aku deron pakai diesel/petrol utk berada di udara.

Pakai bateri ja bah!

Sedang terhibur sendiri2, tetiba aku hilang hubungan dengan deron.

Lekas-lekas aku melangui ke langit mencari deron.

Silau sangat aku dah tak nampak di mana. Aku rujuk skrin pada kawalan jauh sedang elok lagi di awangan. Mampuslah kalau deron melilau terbang entah ke mana. Yg sudahnya terbabas entah ke mana2.

Sejurus selepas itu, aku menerima isyarat yg deron akan berpatah balik ke titik asal deron buat perlepasan.

Sedikit cemas, aku dongak sekali lagi ke atas mencari kelibat deron.

Bila dah mendekati kawasan di mana aku berdiri baru aku nampak deron tuh. Sekarang terbang tanpa kawalan, deron terbang perlahan-lahan sebelum turun dari ketinggian lebih kurang 80m.

Masa ni, isyarat deron dah pulih semula tapi aku biarkan sahaja sebab nak menyaksikan sendiri fungsi RTH atau Return To Home.

Sejak menerbangkan deron lebih kurang Jun tahun ni, ini adalah pertama kali aku merasakan pengalaman ini.

Bila deron dah mula turun perlahan-lahan aku ambil semula kawalan dan tangkap deron untuk bersiap balik.

Mujurlah deron yg aku beli ni dilengkapkan dengan GPS! Kalau tidak terbanglah duit lagi.

Siap menurunkan deron aku menoleh ke belakang.

Aisehmen brother ni rakam video kerrr??? Kalau tau tadi aku datang hensem2 sikit... Kih3x.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...