Langkau ke kandungan utama

Ku Ke Udara Lagi

Sejak dua menjak ni aku tengok belog aku dah macam jadik persinggahan pencuri trafik. Tengok statistik macam beratus org datang, tapi bila disemak puncanya dari halaman yang ntah pape.

Lepas tukar tapak lebih kurang setahun yg lalu, aku tukar tetapan utk tidak menyenaraikan belog aku dalam gugel.

Ko gugel lah ikut apa pun mmg belog ni takan keluar dlm senarai angkel gugel.

Itu yg hairan bila tengok mcm mana boleh belog yg tak banyak pembaca boleh dapat ratusan hit. Adakah aku dah popular???

Agaknya itulah akibat mengabaikan belog nih. Pengunjung hantu lebih ramai.

Aku sebenarnya tidak lah mahu mengabaikan belog nih. Kalau boleh mahu setiap hari ada hapdet terbaru. Cuma sejak awal tahun ni aku lebih selektif dalam menyumbangkan kandungan belog.

Selektif maksud aku di sini, mana-mana yg bercerita pasal perasaan aku tak terbitkan.

Mungkin dahulu, terikut-ikut agaknya, ketika mula berjinak-jinak dengan dunia belog aku cenderung memproses rasa hati dlm belog. Walaupun secara peribadinya aku bukan jenis yg suka buka cerita pasal diri sendiri.

Ketika pengaruh belog dah menyusut, trend begini beransur ke pesbuk, jimat kata-kata lebih banyak gambar kita boleh mencanangkan setiap luahan, setiap rungutan, setiap kisah hidup seharian kita tanpa segan silu.


Fasa sengal ini sudah berlalu bagi aku. Cerita-cerita peribadi bukan lagi jadi tatapan umum.

Bagi aku kini pesbuk, belog dan juga media sosial lain aku manfaatkan sebagai saluran aku berkongsi minat dan gaya hidup.

Pengalaman menarik dan kisah seharian-harian akan aku kongsikan jugak. Rugi rasanya kalau yg lucu dan benci tidak jadi bahan umpatan di sini. Yg aku boleh janjikan semua ini akan dikupas dalam suasana yg lebih matang dan bersahaja.

Sudah lebih dari 10 tahun menjadi penulis belog takan tiada peningkatan kan???

Rajin-rajin lah korang cek belog aku ya lepas nih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...