Langkau ke kandungan utama

RM300

Alhamdulillah, tahun depan aku sekali lagi diberi tanggungjawab menggalas tugas merakam momen-momen Annual Dinner Staff.

Ikut nafsu mmg mcm2 aku nak sediakan untuk acara tahunan tuh. Berkira-kira dah nak buat apa ala2 profesinal gitu. Siap nak dolly lah. Nak gopro lah. Tapi semua tu nanti siapa yg keluarkan kos?

Aku jugak kan?

Walaupun itu semua aku nak pakai kemudiannya, tapi tak sesuai pulak rasanya berhabisan untuk acara tuh.

Maka aku pun kembali lah kepada tema, pakai apa yg ada dulu.

Kalau dibandingkan tahun lepas rasanya aku dah hapgred byk. Aku hitung-hitung dalam 150% peningkatan! Dulu takde handheld gimbal skrg dah ada. Dulu pakai bundle apps je untuk edit video skrg dah pandai guna apps third party. Dan yg paling penting antara semua itu ialah...

Deron.

Bila cakap pasal deron ni, minggu lepas aku terbang RM300.

Eh mcm mana pulak ko terbangkan deron duit boleh terbang sama?

Majik kan? Kau hader?

Alkisahnya, aku panik bila nampak notification low batt. Aku pun satu, bawak bateri yg tak cas penuh. Fikir boleh le lama sikit nak terbang nengok2 dah 30%.

Untuk pengetahuan pembaca budiman, deron maksimum boleh berada di udara sekitar 25 minit sahaja...

Alah sampai 10% pun masih boleh lagi terbang deron tuh, tapi tau jelah kalau dah panik. Lagi-lagi tempat yg aku nak landing tuh pernah Encik Deron crash.

Nak kata emergency, tak le jugak. Ini kiranya aku landing cemas. Bayangkan lah deron tu asalnya diawangan sekitar 100m. Dlm bbrp saat aku turunkan dgn tergesa-gesa mana tak terpelanting isi perut deron tuh jadinya..

Bila hit jalan aspal tu apa lagi, bounce back dan belum pun matikan deron, gimbal dah tak tentu arah.

Jadi korang boleh cakap lah shot yg aku pautkan berikut harganya rm300.


Tapi semua tuh ada hikmah jugak lah.

Kalau tak sebab rosak gimbal board aku tuh, rasanya aku tak jumpa komuniti Drone di Papar, Sabah. 

Selama ni aku duk feeling lone ranger, rupanya ha tu dia ramai aih. Dari situ aku dptkan tmpt di mana nak baiki deron selanjutnya tips2 nak elak kejadian hard landing berlaku lagi.

Next time, aku dah tak bagi landing ke tanah dah. Aku dah belajar tangkap deron untuk diturunkan. Lagi selamat dan takde impak pada deron bila mendarat.

Kira-kiranya aku ni dah bertambah ilmu di dada dan lebih konfiden lah masa cover fotosut untuk Annual Dinner yg dijangka berlangsung hujung Januari tahun depan! Apa yg perlu aku buat skrg hanyalah praktis, praktis dan praktis!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...