Langkau ke kandungan utama

2K16


Aku ada terbaca, kalau nak melancong ke mana-mana tapi tiada geng, teruskan sahaja rancangan. Yg akan mahu melancong bersama pasti akan muncul.

Dalam kes aku, mungkin ada betulnya. Bukan satu, ada dua mengajak pergi ke Jogja hari tuh. Cuma dengan kenalan sorang ni je yg menjadi. Tahun depan, Insha Allah kami akan sekali lagi melancong bersama ke Siem Reap.

Bila bercakap pasal melancong ni, tidak dapat dinafikan lagi cuti-cuti Jogja tempohari adalah highlight paling penting bagi aku tahun nih.

Kebanyakan rentetan peristiwa sepanjang tahun ini rata-rata semuanya menghala kepada persiapan ke kota yg diangkat sebagai lokasi penggambaran AADC2. Walaupun aku sendiri belum pernah lagi menonton filem tuh.

Aku ke Jogja pun sebenarnya bukan kerana Rangga atau pun Cinta.

Sebetulnya aku lebih dulu kenal nama Borubudur dari Kota Jogjakarta. Tempat yg sudah sekian lama aku sebut-sebut entah sejak bila. Dan siapa tahu merentas masa dan tahun aku berpeluang memijak bumi mistik itu.

Mungkin aku boleh pergi 1998, 2001 atau 2008 tapi tuhan bagi aku pergi 2016 kenapa agaknya?

Itu lah rahsia yg aku cuba singkapkan.

Tahun ni aku boleh katakan minat fotografi dan videografi tuh seakan marak kembali. Bukan sebelum ini tiada minat tapi baru tahun ini keinginan utk melakukan lebih dari kemampuan kamera henfon terbentuk.

Maka terhasillah "light painting" mcm gambar di atas.

Kejayaan aku merakam cuti-cuti di Bali tahun lepas juga menjadi pencetus aku mahu buat lebih lagi, belajar banyak lagi. Yg menghadkan aku cuma ketiadaan kamera DSLR dan cuaca yg sentiasa hujan sepanjang tahun ini.

Bila ada rancangan ke Jojakarta itu aku mula pusing mahu merakam bikin yg bagaimana. Itu yg apabila aku temukan video ariel tentang Borubudur aku tertarik untuk melakukan hal yg sama.

Dari sini lah aku mula tergiur bermain deron.

Nampak mcm eh-apa-yg-ko-merepek ni tapi deron lah yg banyak mempengaruhi cara aku shut video.

Melalui deron aku diperkenalkan dengan 3-axis handheld gimbal. Biarpun tak dapat bawak deron ke Jogja tetapi teknologi yg datang dari deron membantu aku menghasilkan video bebas gegaran.

Siapa tahu, rupanya gajet itu lah yg aku perlukan selama nih.

The right time, the right gadgets, Alhamdulillah tahun ini tuhan izinkan kami menjadi tetamu kota Jogjakarta.

Cantik aturan tuhan kan?

Tahun ini juga menyaksikan peralihan penting dalam hidup aku yg mungkin akan aku sikapi pada tahun-tahun mendatang.

Ada masa dan ketika perasaan hanyalah perasaan. Tiada misteri di sebalik perasaan marah, benci, gembira mahupun sakit hati. Apabila pencetusnya ada kau bertindak menangani perasaan itu. Memberi reaksi.

Bagaimana kalau perasaan itu ada tapi tiada pencetusnya?

Kau rindu, tapi rindu dengan siapa?

Kau sedih, tapi kau sedih pasal apa?

Inilah persoalan-persoalan yg tersimpan dalam benak aku. Dari pembacaan aku, perasaan-perasaan begini adalah alamat yg kita perlu buat sesuatu tentangnya.

Kalau kau lapar, kau makan. Kau mengantuk, kau tidur.

Apabila tiada benda yg nak disedihkan, tapi kau fefeling kematian anak kucing, meroyan dengar lagu balada kat henfon ko, potong bawang ketika memandu ke tempat kerja, rasanya kau kena buat apa?

Bila aku mengisi kekosongan yg cuba diisi oleh perasaan2 yg kita sendiri pun tak tau dari mana dengan minat dan hobi di situ kau akan nampak betapa banyak lagi perkara yg kita belum alami dan cuba.

Hidup tidak akan sepi kalau kau keep on planning things ahead.

When you have something to do, you will find yourself friend to do it too.

Selamat tahun baru 2017. Semoga tahun 2017 membawa lebih banyak kenangan indah bagi kita semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...