Langkau ke kandungan utama

C.I.N.T.A

Ambang 2017 nampaknya disambut sederhana. Sejam selepas tahun baru, semua masing-masing layan mengantuk.

Kalau ditengok dari tempoh cuti, boleh saja berjaga sampai ke pagi.

Mercun, bunga api pun sayup-sayup kedengaran. Bajet takde agaknya. Maklumlah semua harga pun dah naik.

Elok lah tuh. Dari bakar duit lagi baik simpan duit tuh.

Aku mcm jugak sblm2 ni tak sambut sangat tahun baru. Aktiviti BBQ yg dibuat kawan-kawan tempt kerja pun aku tak berapa nak join. Tapi jangan bawa cakap pasal azam baru, cepat aje aku mereka dlm otak. Yg sudahnya, korang pun sedia maklum, tak ke mana jugak... Hahaha...

Sebetulnya, azam baru mahupun yg lamaaaaa (harkat panjang sikit bagi melambangkan yg tahun2 lepas punya azam), dibuat sejurus selepas ia ditekadkan. Bukan pada pertukaran kalendar.

Nanti mulalah ada azam mcm..

Azam tahun baru saya ialah utk mencapai azam tahun 2016 yg belum dicapai pada tahun 2015.

Selain azam tahun baru, TREND tahun baru turut terlintas pada kotak fikiran aku.

Satu trend yg aku perasan sejak akhir-akhir ni terutama kat pesbuk, lepas kutuk-kutuk org dihujungnya ditulis hastag mohon meninggal (ditulis: #mohonmeninggal).

Sedikit sopan dari "Pegi mamposlah", tapi maksudnya tetap sama. Tak baik tau mcm doa lah pulak.

Bila cakap pasal mati, mampos, meninggal ni, aku terkesan dengan satu pos sorang ex-colleague.


Gara-gara tak dibelikan makanan yg diidamkan sanggup menyumpah diri sendiri mati eksiden.

Kau kenapa pompuan? Datang bulan?

Ada jugak rakan pesbuk berpendapat, member yg hilang kewarasan fikiran ni, mengandung.

Mengandung lah sangat. Aku pun mengidam makan itu dan ini tapi tak mengandung pun. Kalau dah selera mcm gajah dan diri tu rasa bagai puteri yg nak dimanja 24 jam. Inilah jadinya, nak perhatian sepanjang masa.

Salah sikit, mulalah meracau mcm dia je yg berlaki.

Ini bukan yg pertama. Dari terbawa-bawa dengan mood hangin tak tentu pasal aku HIDE je Moment dia buat sementara.

Nak kan yg positif kelilingi diri anda dengan org yg positif jugak.

Kau makcik, tak membantu. Jadi ku simpan kau dalam stor.

Jadikan itu trend anda. #positive

Bila kita bercakap pasal trend, nampaknya tahun baru ni ku rasakan, ewah, sesuatu yg bakal berbeza. Tak tahulah berbeza yg bagaimana. Selepas dua tahun hati ni bersawang mungkin tahun baru ini membawa kisah hati yg baru...

Adakah yg lama kembali? Atau kisah yg sama pelaku sahaja yg berbeza.


Lepas baca ni tolong jangan hastag saya #mohonmeninggal, tapi doakan hati ini dikuatkan. Gitu.

Sejak ambang tahun baru dan bbrp hari di tahun baru, lagu ni seakan melekat disanubari. Perhatikan liriknya ya utk ketahui lebih lanjut. Harap aku bukan fefeling semata je lah ya walaupun itu terdetik dibenak.

Tapi siapa yg lebih tahu kan?


Kita ketepikan soal hati beralih pula kepada cerita hari pertama bekerja selepas cuti tahun baru.

Penggal persekolahan pun sudah bermula, Dalam fikiran tuh alamak, maunya jem ni nanti bila semua meluru ke jalan raya.

Salah tebakan pakcik kali ni. Mula-mula je nampak mcm keretapi panjang. Bila dah berada di atas jalan, masuk pukul 7.30 pagi jalan dah lengang.

Besok-besok tak taulah kan? Atau ramai lagi masih cuti?

Aku pun rasanya nak ambil cuti bbrp hari ni. Sejak September hingga hujung tahun lepas, tak pandai berhenti telefon berdering. Tak putus-putus tempahan bilik masuk macam hujan yg mencurah-curah.

Sebelum sibuk menjengah kembali pertengahan ke hujung bulan ni, baik aku recas diri balik.

Macam biasa awal-awal tahun ni pelancong dari Cina antara yg paling ramai berkunjung.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...