Langkau ke kandungan utama

Dodo


Embun belum pecah lagi aku dah ke laut menangkap ikan gambar.

Tidak keseorangan, kali ini berteman maka aku pun yakin melenturkan jemari. Entah apa silapnya awal-awal lagi dah kecundang. Percubaan kedua, membuahkan suntingan video di atas.

Lawa tempat kerja aku ni kalau dari jauh yea? Sesuai lah dengan namanya yg ala2 syurga gitu.

Tapi bekerjanya di sini dulu tak le sesyurga mana. Kalau tak tahan tukul, dah lama angkat kaki cari kerja lain.

Drama tak pandai putus.

Yg bukan bos bertrep bos. Yg bos pulak tak tau di mana letak dirinya.

Jadi bila hantu2 ni sorang-sorang meninggalkan syurga borneo nih ku dapati keamanan mulai menyinari.

Dulunya syurga huru hara, skrg jadi syurga ketenangan.

Dan apabila ada satu hantu ajak reunion dengan kami-kami yg masih bekerja di syurga ni, aku tidak beri sebarang respon.

Tak tahu lah lakonan aku ni hebat ke apa, atau hantu ni dungu tahap dodo, sebab sampai skrg masih tak boleh nak take hint yg kami-kami ni tak berapa suka dia.

Masa sama2 kerja dulu lain lah kita terpaksa sabar dengan segala kerenah dan ulah dia. Bila dah tak kerja di bawah bumbung yg sama aku peduli apa kau siapa?? Aku akan layan kau sama macam tetamu hotel yg lain; no extra privilege.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.