Dengan sedikit gesaan dan dorongan akhirnya terjebak jugak aku dengan kancah mirroless camera.
Memilih model Sony A5100, berbanding tiga model yg lebih baru A6000, A6300 dan A6500, aku tidak menoleh ke belakang lagi.
Faktor harga berpatutan pada kualiti yg setara dgn model terbaru, serta kebolehan touch focus menjadi pemikat.
Tak perlu bayar lebih utk kamera, sebaliknya separuh kos yg sama utk membeli model terbaru aku peruntukan kepada pembelian lens.
Ini antara shot pertama aku menggunakan A5100, bersama lens kit yg dibekalkan dengan badan kamera.
Akan datang aku mahu lens utk potret. Sony E 50mm f/1.8 jadi idaman kalebuuu...
Tadi pegi kawin anak member tempat kerja, teruslah ambil kesempatan mengetik merata walaupun malu2 gitu.
So far, aku sangat berpuas hati dengan still yg dihasilkan. Video pun nampaknya mengagumkan aku cuma kena study2 lagi lah format mana yg sesuai dengan aku yg godek pakai enpong aje ni.
Nota: Gambar-gambar A5100 yg dikepilkan dlm entri bukan dlm kualiti asal. Telah dikecilkan bagi memudahkan proses pemindahan imej dari kamera ke henfon.


Ulasan
Catat Ulasan