Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Puaka Grebo

Pagi ni patutnya aku fly di Yayasan Sabah. Salah aturan terpaksalah kinsil last minute. Terbang jugaklah duit booking hotel satu malam. Konon2nya nak bermalam lah. Nak terai rangkaian hotel OYO yg mula menapak di Malaysia. Dari yg aku baca OYO ni dari India. Yg aku berminat nak tahu tu sebab OYO ni ada rancangan nak take over hotel kitorang. Jadi sebelum apa2 tu baik kita tinjau2 dulu. Nampaknya angan-angan musnah. Lain hari lah nampaknya kita atur. Tak jadi fly makanya mengadap Puaka Grebo lah pagi ni. Dipinta semua HOD menghadiri meeting katanya. DIPINTA. Yep itu word yg si puaka guna. Nak bertekak dengan org gila ni sia-sia je sebenarnya. Lagi kau gaduh lagi kau jatuh level dia. Mahu tak mahu, kita wayang ajelah. Dengan Mak Buyung dah bercuti, makanya terpaksalah cover shift dia. Selama aku bekerja sini ini adalah kali ke-tiga aku cover orang cuti bersalin. Kalau kena bayar jam kerja kita tu takpelah jugak. Banyak-banyak pun tak apa. Sejak bisnes hotel ni jatuh...

Satu Minggu Takde Air

Akhirnya Mak Buyung pun mula cuti bersalin. Kami pun mula bergilir ganti shift dia. Ikut rancangan asal dia nak mula cuti bersalin 1 Mei ni. Tetiba plak semalam dia sakit perut nak beranak, maka mahu tak mahu terpaksa ambil cuti awal. Sakit perut nak beranak jelah. Beranaknya belum. Tabah jugak Mak Buyung ni kerja hari-hari dalam keadaan sarat begitu. Lagi-lagi dengan masalah air baru-baru ni yg menyebabkan operasi hotel kami terbantut. Bayangkan sepanjang minggu ada saja paip sana paip sini bocor. Bekalan air akan ditutup sehingga proses pembaikan selesai beritahu Jabatan Air Negeri Sabah. Bahagian ditutup tu mmg sudah tau dengan pasti lah. Memang bukak paip air takde. Yg bahagian dia cakap "sehingga proses pembaikan selesai" tu yg sakit. Sabtu lepas kami banyak penginap. Air masa ni dah tak masuk. Harap air tangki jelah utk menampung penggunaan air penginap dan jugak operasi hotel sendiri. Tangki air tu boleh lah tahan dua tiga hari kalau berterusan takde ai...

Bila Orang Tak Kisah

Kenapa ek aku balik2 teringat org yg sama? Kalau org yg aku teringat tu aku masih mau kontek2 lagi tak pe lah jugak. Ni yg ko dah lama benam dalam lautan dalam!  Bila fikiran kacau begini satu cara aku nak alihkan fikiran ada lah dengan merancang trip seterusnya. Trip seterusnya sudah tentulah ke Bangkok kan? Sebab ada dua orang lagi yg tak sahkan penyertaan (tiket tak beli lagi), aku rasa trip ni mcm tak move forward lagi. Mostly apa yg nak dibuat sepanjang berada di Bangkok sudah ada sedikit gambaran. Nama aje lah ke Bangkok, tapi dua hari tu destinasi sebenarnya lebih banyak fokus di luar Bangkok. Ditambah lagi ahli rombongan mcm tak bagi input. Janji semua dah diatur. Kami ikut je. Eh gitu pulak? Bila trip mcm ni gantung, aku mula lah fikir pasal trip yg 2020 pulak. Otak ligat aje nak travel. Entahlah, aku nak travel sebanyak mungkin sebelum hotel tempat aku kerja ni tutup. Aku pun tak tahu sampai bila hotel ni beroperasi. Den...

One Night in Bangkok

Selepas lebih kurang dua minggu selesaikan trip ke Jogja hidup rasa kembali hambar. Tak sempat rehat esoknya dah kena kerja. Situ ko nak bercuti situ jugak sibuk yang lain ambik cuti. Sekurang-kurangnya bila ko rehat sehari dua selepas balik bercuti tu ko dapat lah sunk in kejap all the experience. Ni belum penat habis dah drama di tempat kerja. Dalam masa yang sama aku mau rasakan keseronokan bercuti di Jogja hari tu berterusan sekurang-kurangnya sebulan dua. Sayangnya tidak mengesan di hati sesiapa. Kongsi gambar. Kongsi cerita. Kongsi video. Aku hanya mampu syok sendiri. Nobody cares. Aku nak kata apa? Baik aku merencana trip akan datang ke Bangkok. Tiga orang dah mengesahkan penyertaan. Dua lagi belum. Yg tak tentu lagi tulah yg aku malas nak cakap. Dalam mengatur perjalanan, aku ingin melihat mereka ni teruja sama. Namun setiap kali dihidangkan perbincangan, susah nak dapatkan input.  Krik3x. Macam aku rancang sorang-sorang yang lain tumpa...

Jogja 2.0 : Postmortem

Alhamdulillah cuti-cuti Jogja kali ni berjalan dengan jayanya meskipun ada hal-hal yang tersasar sedikit. Kalau nak kata dalam bentuk peratusan, kelancaran cuti-cuti kali ini sekitar 90%. Cuaca pun, syukur sangat-sangat cerah kecuali semasa singgah di Gereja Ayam, Bukit Rhema. Itupun rasanya bukan satu hal besar sebab kebetulan hujan kita berbumbung. Hujan pun bukan lama sekejap je. Jogja edisi kali ni aku bersama dengan Adhie. Sorotan penting Jogja 2.0 sudah tentulah aktiviti menonton persembahan Ballet Ramayana di Mandira Buraga, Purawisata. Tiket masuk utk Ballet ni Adhie tempah melalui Klook. Kami pilih tanpa buffet dinner dan hotel transfer, RM72 sekepala. Lokasi Purawisata ni tidak jauh dari Jln Malioboro, lebih kurang setengah jam kalau berjalan kaki. Ambil Grab dalam Rp 20K sehala. Jogja 2.0 ini menyaksikan aku berjaya menerbangkan dron pertama kali di luar Malaysia, pertama di Indonesia, juga pertama di Jogjakarta. Lokasi2 aku terbang dron di Jogja adalah...