Langkau ke kandungan utama

Bila Orang Tak Kisah

Kenapa ek aku balik2 teringat org yg sama?

Kalau org yg aku teringat tu aku masih mau kontek2 lagi tak pe lah jugak. Ni yg ko dah lama benam dalam lautan dalam! 

Bila fikiran kacau begini satu cara aku nak alihkan fikiran ada lah dengan merancang trip seterusnya.

Trip seterusnya sudah tentulah ke Bangkok kan?

Sebab ada dua orang lagi yg tak sahkan penyertaan (tiket tak beli lagi), aku rasa trip ni mcm tak move forward lagi.

Mostly apa yg nak dibuat sepanjang berada di Bangkok sudah ada sedikit gambaran.

Nama aje lah ke Bangkok, tapi dua hari tu destinasi sebenarnya lebih banyak fokus di luar Bangkok.

Ditambah lagi ahli rombongan mcm tak bagi input. Janji semua dah diatur. Kami ikut je.

Eh gitu pulak?

Bila trip mcm ni gantung, aku mula lah fikir pasal trip yg 2020 pulak.

Otak ligat aje nak travel.

Entahlah, aku nak travel sebanyak mungkin sebelum hotel tempat aku kerja ni tutup.

Aku pun tak tahu sampai bila hotel ni beroperasi.

Dengan gaya pengurusan sekarang aku boleh kata kami ni tinggal menghitung hari lagi. Harapnya sampailah jugak ke 2020, genap 10 tahun aku di sini.

Selepas tu aku tak tahulah rezeki aku di mana lagi.

Kalau tak panjang lagi rezeki aku di sini, biarlah kerja yg aku dapat nanti seleras dengan minat aku.

Chewah dah letak harapan pada kerja baru nampaknya!

Aku pun tak pasti lagi akan kembali ke dunia pekerjaan. Ikutkan hati nak teruskan pada minat. Buat duit melalui minat. 

Boleh ke?

Org ko tengok letak apa aje dlm video, ribu2 org tgk.

Aku nak cecah 10 pun susah.

Tak payah lah cakap aku promote atau tidak. Sama aje.

Ke aku ni syok sendiri je?

Ada jugak beberapa orang menunjukkan minat untuk aku buatkan video. Tapi disebabkan timing tak ngam, barang takde, konsep tak jelas melepas begitu sahaja.

Itu sebab tahun ni aku fikir, aku step back, try to see the bigger picture. Ha gitu.

Cita-cita besar sangat kut sampai labur duit habis-habisan. Bertungkus lumus siapkan video, hakikatnya...

Alah data aku dah habis lah!

Menjelang 2020, ada orang yg masih melanggan data utk wasap dan pesbuk sahaja. Nak jimat bang!

Tunggu ada WIFI baru tengok.

Hurmmm OK.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...