Langkau ke kandungan utama

Satu Minggu Takde Air

Akhirnya Mak Buyung pun mula cuti bersalin. Kami pun mula bergilir ganti shift dia.

Ikut rancangan asal dia nak mula cuti bersalin 1 Mei ni. Tetiba plak semalam dia sakit perut nak beranak, maka mahu tak mahu terpaksa ambil cuti awal.

Sakit perut nak beranak jelah. Beranaknya belum.

Tabah jugak Mak Buyung ni kerja hari-hari dalam keadaan sarat begitu. Lagi-lagi dengan masalah air baru-baru ni yg menyebabkan operasi hotel kami terbantut.

Bayangkan sepanjang minggu ada saja paip sana paip sini bocor.

Bekalan air akan ditutup sehingga proses pembaikan selesai beritahu Jabatan Air Negeri Sabah.

Bahagian ditutup tu mmg sudah tau dengan pasti lah. Memang bukak paip air takde. Yg bahagian dia cakap "sehingga proses pembaikan selesai" tu yg sakit.

Sabtu lepas kami banyak penginap. Air masa ni dah tak masuk. Harap air tangki jelah utk menampung penggunaan air penginap dan jugak operasi hotel sendiri.

Tangki air tu boleh lah tahan dua tiga hari kalau berterusan takde air. Masuk hari Selasa air tangki tinggal setitik.

Ha, apa kau nak buat?

Harap si puaka di atas tu urus? Baik tak payah. Cakap berpengalaman tapi buat macam cakar ayam.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, kami pun mula kol pelanggan2 yg dah buat tempahan utk membatalkan penginapan mereka.

Selasa, Rabu tu kami masih lagi optimis. Kami hanya batalkan tempahan pada hari itu sahaja. Yalah manalah tau tetiba petang nanti air dah OKAY.

Khamis tu kami dah mula cuak.

Tak pernah2 sepanjang aku kerja sini semua tempahan kami terpaksa batalkan sampai hujung bulan tu. Mana-mana yg datang mahu menginap terpaksa kami tolak.

Bayangkanlah tu entah berapa banyak sales kami hilang dalam tempoh tu.

Dahlah kutipan kami sejak akhir2 ni sendu, ditambah lagi dengan masalah begini mmg malang sangat.

Walaupun sedikit kecewa, aku mmg dah agak benda ni akan ambil masa. Ini baru bocor paip. Cuba kalau Sabah ni ditimpa bencana seperti gempa agaknya nak ambil berapa lama nak recover balik?

Korang fikirlah sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...