Langkau ke kandungan utama

One Night in Bangkok

Selepas lebih kurang dua minggu selesaikan trip ke Jogja hidup rasa kembali hambar. Tak sempat rehat esoknya dah kena kerja.

Situ ko nak bercuti situ jugak sibuk yang lain ambik cuti.

Sekurang-kurangnya bila ko rehat sehari dua selepas balik bercuti tu ko dapat lah sunk in kejap all the experience.

Ni belum penat habis dah drama di tempat kerja.

Dalam masa yang sama aku mau rasakan keseronokan bercuti di Jogja hari tu berterusan sekurang-kurangnya sebulan dua. Sayangnya tidak mengesan di hati sesiapa.

Kongsi gambar. Kongsi cerita. Kongsi video. Aku hanya mampu syok sendiri. Nobody cares.

Aku nak kata apa? Baik aku merencana trip akan datang ke Bangkok. Tiga orang dah mengesahkan penyertaan. Dua lagi belum.

Yg tak tentu lagi tulah yg aku malas nak cakap.

Dalam mengatur perjalanan, aku ingin melihat mereka ni teruja sama. Namun setiap kali dihidangkan perbincangan, susah nak dapatkan input. 

Krik3x.

Macam aku rancang sorang-sorang yang lain tumpang aje ikut.

Kalau macam tu bagus aku melancong sendiri. Bukannya susah pun. Rancang sendiri, bajet sendiri.

Apa guna kau ada travel buddy kalau semuanya nak kita suap?

Suka atau tidak. Aku akan terus cari info pasal Bangkok dan tempat2 yg aku nak lawati... aku ulang, yg AKU nak lawati.

Asalnya macam nak ronda-ronda kota Bangkok aje. Stay di area berdekatan dengan Petchaburi Soi 7 sebab kononnya senang sikit nak carik makanan halal.

Secara teori jelah kan.

Sekarang dah ada rancangan untuk keluar dari Bangkok. Hari kedua mungkin ke Ayutthaya. Petang Hari pertama ke Samut Prakan.

Area Bangkok yang nak pergi pun by foot hanyalah Siam Discovery (Madam Tussaud) dan Siam Paragon (Sealife).

Sampai2 lepas selesai semua daftar masuk rasanya nak ronda Silom Rd atau Khosan Rd. Sajelah nak merasai pengalaman night market dan cuci mata di kawasan patpong di Bangkok.

Last day Suboh2 dah kena gerak ke epot utk fly back ke Kota Kinabalu. 

To sum up macam kejap je trip Bangkok ni. Jadi pengisian tuh yg aku rasa sangat penting. Tak mahu rush in sangat tapi enjoy.

Ginilah kan... Nak cari duit pun kena hardwork. Nak cuti-cuti pun hardwork jugak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...