Langkau ke kandungan utama

Jogja 2.0 : Postmortem

Alhamdulillah cuti-cuti Jogja kali ni berjalan dengan jayanya meskipun ada hal-hal yang tersasar sedikit.

Kalau nak kata dalam bentuk peratusan, kelancaran cuti-cuti kali ini sekitar 90%.

Cuaca pun, syukur sangat-sangat cerah kecuali semasa singgah di Gereja Ayam, Bukit Rhema. Itupun rasanya bukan satu hal besar sebab kebetulan hujan kita berbumbung. Hujan pun bukan lama sekejap je.

Jogja edisi kali ni aku bersama dengan Adhie.

Sorotan penting Jogja 2.0 sudah tentulah aktiviti menonton persembahan Ballet Ramayana di Mandira Buraga, Purawisata.


Tiket masuk utk Ballet ni Adhie tempah melalui Klook. Kami pilih tanpa buffet dinner dan hotel transfer, RM72 sekepala.

Lokasi Purawisata ni tidak jauh dari Jln Malioboro, lebih kurang setengah jam kalau berjalan kaki. Ambil Grab dalam Rp 20K sehala.

Jogja 2.0 ini menyaksikan aku berjaya menerbangkan dron pertama kali di luar Malaysia, pertama di Indonesia, juga pertama di Jogjakarta.

Borobudur Temple

Lokasi2 aku terbang dron di Jogja adalah di luar Taman Borobudur, Gereja Ayam dan Alun-alun Utara.

Cuti-cuti tak lengkap kalau tak mencuba menu khas Jogja seperti Gudeg dan Bakpiah.


Dua kotak bakpiah jugak aku habiskan sepanjang percutian di Jogja tempohari. Yang dalam gambar ni Bakpiah Tiramisu.

Sedap wa cakap lu.


Lokasi ni mesti aku sebut di sini sebab makanan2 dia mmg unik... Semuanya berasaskan cendawan! Jejamuran!


Sehari suntuk menapak dengan sekali sekala mengalas perut dengan makanan cekut, sudah tentulah perut dah menendang-nendang mintak nasi. Menu utama kami pesan adalah Nasi Goreng Jejamuran. Untuk lauk tambahan kami pesan dua lagi.


Rendang Jejamuran.


Sate Jejamuran pun ada.

Sedap semuanya. Kekadang bila makan lupa yg sebenarnya sate tu bukan sate daging tapi cendawan begitu juga dengan rendang.

Boleh mintak resepi tak?

Malam hari kedua lepas kenyang makan di Jejamuran plan nak ke Alun-alun Kidul menikmati speda berhias di sebelah malam, namun tewas. Almaklum jelah all out betul kami berdua di taman Borobudur...

Bayangkan dari pukul 7 pagi sampai pukul 1 baru selesai di situ.


Abam belanja satu pose di Borobudur.

Ni bukan sesaja pose mengada mcm ni. Jurufoto ni tak sabar orang belum ready baru nak betulkan posisi dah ketik. Maka terhasil lah gambar fotogedik ini.


Ini pun sama. Baru nak gerak ambil tempat nak bergambar dah ketik... Dengki kan jurugambar?


Di candi Prambanan aku lebih banyak swafoto je. Nak suruh jurugambar ketik selalu je gambar tak berapa elok. Hahahaha...

Ni aku swafoto dengan berhala Durga. Kononnya berhala Roro Jongrang yang disumpah menjadi batu oleh Bandung Banduwoso.

Di sini jugak aku kena tinggal oleh si kawan. Berkelana lah aku seorang diri mengitari taman sampai hangus.

Lokasi yang tak kesampaian adalah Makam Raja-raja Mataram di Kotagede. Dah sampai malas dah nak bising.

Tempat kami diturunkan memang makam raja-raja jugak cuma bezanya untuk Raja-raja Jogjakarta dan Surakarta.


Kami perlu mendaki sebuah bukit menggunakan anak2 tangga. Korang sendiri bayangkanlah betapa tingginya anak2 tangga tuh.

Berlokasi di Imogiri, kami di sini hanya lihat2 sahaja tidak menjelajah ke setiap ceruk sebab untuk ke sini perlu berpakaian adat jawa.

Untuk pengetahuan, di sini turut menempatkan makam Sultan Agung yang populer itu... This was a plus lah for me. So not a total loss.

Candi yg tak pergi adalah candi Sojiwon. Ini pun aku malas dah nak cakap banyak. Sebab marah kena tinggal di Prambanan satu hal, cuaca yg panas lagi satu hal jadi aku abaikan jelah.

Yg sempat singgah adalah candi Plaosan (utara dan selatan).


Untuk ole2 dibawa balik aku tak beli apa sangat. Aku cuma beli sedikit cokelat. Ni yg aku teringin nak cuba. Dah balik Malaysia baru aku try.

Cokelatnya mmg rasa cokelat sejati lah. Tak manis sedang-sedang. Aku kalau manis2 ni mmg potong kaki. Jadi ni mmg perfect lah bagi aku.

Yg aku beli ni perisa rendang katanya.

Aku mcm expecting rasa rendang lah tapi sebenarnya rasa rempah rendang tu mcm di belakang2 lidah kau je.

Macam mana nak cakap ya?

Rasa cokelat masih kuat hanya bila the last bite baru kau rasa rendang lingering gently in your mouth.

Sedap ker?

Nak kata sedap tak jugak tapi kalau nak cuba sesuatu yg baru apa salahnya kan?

But in the end it still taste like regular chocolate you guys always loved.

Until next trip, time to sign out!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...