Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Sampai Sini Sahaja...

Sesak nafas, kepala pening... Ada masa2 tertentu aku rasa mcm nak pitam. Aku cuba jugak... Makin tinggi nafas aku makin pendek... Macam disiat-siat dada aku. Aku tinggalkan tilam empuk yg hangat untuk alami semua ini? "Tapi kat atas tu cantik", sampuk pendaki yg baru turun. Sedikit marah. Sedikit bengang. Bila memikirkan kemungkinan aku tak dapat teruskan perjalanan ke puncak esok. Sekarang terdampar di Gunting Lagadan. Jantung aku tidak dapat menerima keadaaan kurang oksigen. Aku pasrah. Inilah kali pertama dan terakhir aku pijak zon ni. Soriiii... Kekuatan mental pun x dpt mengatasi masalah ini.

Huhahuha Guy...

Perut kenyang mata ngantuk kepala still buzzing. Entah apa yg meresahkan aku. Mata kiri pulak sepanjang hari berkedip. Setakat daki gunung je pun. Takan itu pun nak nerbes? Alangkah bestnya kalau ada org genggam tapak tangan aku skrg dan genggaman itu saja mampu menenangkan kekacauan jiwa yg aku sendiri pun tidak mengerti ini. Hurmmmmm.... Malam makin pekat dan aku hanya mampu berangan. Esok I'll be the usual huhahuha guy again... I'll make sure of that. Selepas Subuh kami berkumpul di Sabindo, Lok Kawi. Oh mata cepat2 lah tidur.

XXS

Macam besar, macam nak ambil lagi kecil. Nok Harommm... Besar XXL pun masih kecik kat badan aku. Ketat terutama sekali bahagian lengan dan bahu. Jaket pulak tak bleh butang... Nilah akibatnya membeli ujung2 waktu. TAHNIAH!!! Overall mmg oven le bila aku pakai... Ni tak tau le mampu ke mendaki dlm keadaan begini. Mana gedik nak buh pouch lah.  Bawak tu lah. Bawak ni lah. Adoyai... Disaster sgt! Kita tunggu je lah pada hari pendakian... Stress plak aku... Huhuhu...

Hari Yang Indah

Senjedi pun Senjedi la. Asal ada backup power sepanjang pendakian utk 5 devices yg aku turut bawa nanti. Tekad utk hapdet perkembangan setiap langkah tu yg aku beli jugak, selain nak pastikan semua momen terakam. Dua tahun menanti, tak mo lepaskan walau sesaat pun kenangan tanpa lensa. Tinggal lbh kurang tiga hari lagi, debaran kian terasa. Kalut tu pandai datang sendiri... Ngeh... Kadang rasa malas pun ada. Macam nak kansel pun ada. Tambah lagi ni serombongan dgn org yg kononnya Secret Admirer aku dulunya. Tua-tua baru ada Secret Admirer kan aku ni. Kesiannnn... Dua tiga hari ni Alhamdulillah cuaca dah beransur baik. Angin bagaimanapun masih kuat, tapi sekurang-kurangnya cerahlah kan. Harap-harap keadaan berkekalanlah macam ni sampai aku balik dari Gunung Kinabalu. Lepas tu nak hujan, hujanlah. Hujan seminggu pun tak kisah. Apa2 pun doa kan perjalanan kami baik2 saje.

Shopping Raya Cina...

Hari ni menapak dari Anjung Senja ke Suria Sabah. Beriyalah sangat pergi, katanya murah. Rupanya kedai yg ada kat B-floor tu cawangan Tong's yg terdapat di Wisma Merdeka. Kalau tahu tak payah susah2 ke sana. Cuaca hari ni sangat baik. Memulakan perjalanan dengan melalui pintu gerbang ni. Moga2 dapat tuah katanya... Wakakaka... Okaylah habis tak sampai RM200 pun tadi.  Bajet dalam RM500, belen nanti ble bawak naik gunung nanti. Kot2 nak beli cenderamata ke kan? Memandangkan semua brg yg dibeli siang tadi bajet-berangan-kuria jadi segan le nak pos gambarnya. Kang kat atas nun dah berbalut korang nilai jelah yea cantek ke tak. Alah barang beli tuk sekali pakai je pun. Nak pasang badan kat atas tu pun nak buat pe kan? Biasanya gi Suria Sabah beroda. Kali ni je berkaki. Jadi dpt le berlagak pelancong ambil gambar pintu utamanya. Bila aku ckp mcm tu mcm bergaya sangat la aku kan? Snap2 dgn kamera fon Nokia. Padahal tebal je muka heret plastik besar sarat barang ke hulu ke hilir. Ada aku ...

Feel The Fear

Bangkit tidur pagi tadi dalam kesejukan. Dah le tingkap layah-layah. Badan pulak tak berbaju. Apa halnyer nie? Seingat aku sebelum lelap aku dah sarung sweatshirt mcm biasa aku buat. Akibatnya aku selesema sepanjang hari. Dalam keadaan cuaca elok pulak. Haih menyampah tul. Dah tu bas plak takde. Mmg sejak kebelakangan ni public transport kat Melinsung tu hampeh. Kereta bersimpang siur tapi satu bas pun susah nak nmpk. Bila diajukan persoalan ini kpd seorang pemandu bas ini jawapannya. Bas ada! Bas paling awal pukul limo. Pukul 5.20 pagi ado satu. Bas 5.40 pagi ado satu. Pendek kata beliau sentiasa ada dalam dialek Kelantan bercampur Sabahnya. Bas sentiasa ada. Setiap saat ada. Masalahnya tiada yg ambil penumpang. Jangankan limpas. Bayang pun takde. Jadi hari ni dtg lmbt lagilah aku. Untuk menceriakan diri aku pun belanja diri kat Anjung Soka. Rezeki hari ni plak, babu kuntum baik hati hulur duit belanja. Kalau tau awal2 pesan yg mahal2. Sambil menikmati mee rojak daging tu terpacul sok...

Dhal Kambing

Rezeki malam ni Dhal Kambing + Ikan Bakar + Sawi Tumis. Tak le sejuk sgt lm ni kan. Jamah sikit je cam kenyang le plak. Sementara tu gambar plak disunting menggunakan perisian Adobe Photoshop Touch. Macam setaik ja kau sono. Ni nak info sket. Tarikh mendaki gunung telah dipercepat ke 30hb. Jadi plan nak buat last minute shopping hari tu serta merta kansel lah nmpknya. Peluang terakhir adalah 26hb, my off day... Aku mmg mls dh ni sbnrnya. Rasanya aku serbu je kedai depan FOC di CP tu. Kedai tu mmg jual barangan aktiviti lasak dan pendakian. p/s Ada org ty aku knl Ramzi tak? Sape wei? Retis ke? Lps tu ty aku lahir tahun lapan puluh baper plak... Nak je jawab tadi '89... But honesty is the best policy, katanya. p/s/s Ada aunty ni ty aku kerja Beringgis kah? Pelik plak. Apapun aku jawab, bukan. Kinarut sono.

Dengar Bunyi Mercun Jelah...

Malam2 ni kita layan lagu2 tahun baru cina plak yea. Fefeling jadi anak cina dapat angpau. Dapat duit terus lari ke kedai beli segugus mercun. Bercakap pasal mercun ni teringat time budak2 dulu. Mak bapak belikan mercun, bukan dibuat mainan tapi eksperimen yg bukan2. Sudahnya mercun meletup kat tangan... Ngee... Lepas tu gigit jari tengok budak lain main mercun. Sayang tahun2 selepas tu mercun diharamkan. Trus senyap... Dah tak mcm sambut tahun baru... Kenangan terawal tahun baru cina? Ikut budak cina sebelah main tarian singa. Budak tu ada mini singa. Berlagaklah nak lead tarian singa sampai tercabut ekornya.... Muzik mcm biasalah acapella... Ahaks. Ingat jugak satu tahun tu festival tarian naga dibuat kat padang bandaran Kudat. Kitorang satu family dpt seat VIP. Nonton dari balkoni ekceli... Masa tu barek polis lama betul-betul ngadap padang tu. Terpersona kejap dengan segala warna warni tarian singa... Panjat palang bagai... Kagumm... Untongkan jadi rakyat Malaysia? Macam2 budaya ki...

The Last One To Know...

"Jangan cerita dengan orang lain yea apa yang aku cerita ni. Kau jak yang aku bagitau" Membusunglah dada kau bila diberikan kepercayaan memegang rahsia orang. Kau pun gamlah mulut kau tak nak cakap dengan sape2. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut gamaknya. Sekali besok, kau terdgr perbualan kawan-kawan dan dpt tahu cerita tu dah satu tempat kerja tau. Lebih menyedihkan, bila kau tanya kawan-kawan cerita tu sbnrnya dah sebulan usianya. Tiba-tiba dunia jadi kecil dan kau dgn sedihnya terpaksa menerima hakikat yg kau layak memegang title the last person to know. Yang paling tragis, bila ko sikit punya tak cakap dengan sape2 entah apa sebab tiba2 kau kena tuduh beberan. "Jadi siapa lagi yg cakap kalau bkn kau. Kau seja yg tau" Kau yg innesen lagi suci ni pun seakan terpasung akal dan lidah tidak mampu mempertahankan diri. Agaknya kalau time tu kau disula dan buat sumpahan, boleh jadi emas Gunung Kinabalu tu. Falasafah aku senang. Kalau tak nak orang tau kau pakai s...

Memang Ohsem

Ohsem kan? Rasa mcm nak culik je ni lepas raya cina. Cat emas nanti kedian tampal kat dalam bilik. Bebudak ni kata diorang buat pakai projektor LCD. Bagaimana tu tak taulah, tapi hasilnya sgt menambat hati. Aku ulang lagi boleh? Ohsem! Pagi tadi dpt mesej tanya kat mana. Mesej tu sampai masa aku dah off henfon. Dah tidur pun. Sepanjang hari ni macam2 lah dalam fikiran aku ni. Yalah masa dekat tak tanya pulak. Bila jauh tetiba tanya di mana. Rindu kah? Atau adakah aku di hatimu? Silaplah! Aku di hatimu bila susah rupanya... Hiks. Alkisahnya si kawan mintak tolong aku rilotkan DIGI dia. Kat Kapit takdok jual rilot DIGI. Hanya ada Maxis dan Celcom. Teringat aku masa balik bercuti semester (masa tu family duk Tawau) sekitar tahun 2000 dulu. Perkara yg sama gak terjadi dgn aku. Hotlink ada servis, rilot tak jual lagi. Bezanya aku mintak dgn hosmet di Kedah tolong belikan, bukan dgn org yg ko tak baper kenal lagi. Tak byk soal, aku tolong jugaklah. Baperlah sangat pun kan? *Damnit. Macam low...

Drama Meloya

"Famous pulak saya ni kan, ramai orang bercerita pasal saya. Kalau saya tau orang tu saya tampar dia." Pagi-pagi dah terperangkap dalam drama Meloya yg tiada pengarah. Kisahnya bermula dengan satu soalan simple yg kemudian melarat kepada org yg sensitif pada isu yg diajukan. Konon-konon nak cari sapa punca cerita. Adoiii... Tepuk dahi aku sekejap. Terfikir jugak nak melapor balik kepada tuan diri. Tapi kalau sikit2 mengadu ni payah jugak. Kalau soalan tadi tuh pun dah boleh jadi isu. Inikan pula dengan aduan dialog panas kat atas tuh. Huh, tak sporting langsung! Anggap jelah apa yg terjadi sebagai pengajaran kepada aku supaya lebih berhati-hati. Tengok2 jugaklah orang tu, ngam ka tidak utk berkongsi atau bertanya hal remeh temeh. Nanti tak pasal2 sekadar niat menasihat jadi penyibuk di alam mayapada. Dengan itu, Sekian Terima Kasih.

Miss You, Always...

Hari ni cuaca sikit punya baik tapi rosak gara-gara blackout dari sekitar pukul 11.05 pagi hingga 3.35 ptg. Nasib baik tempat kerja ada generator, kalau tak boleh mati kutu jugak dibuatnya. Hari ni kalau diikutkan takle sibuk sangat, tapi terpaksa jugak buat-buat sibuk. Entah kena sampuk apa, hari-hari teringatkan orang yg sama. Rindukah? Susah jugak nak cakap. Aku boleh labelkan rindu kalau aku mmg rindu. Namun hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang aku rasa perasaan ni mcm bukan aku yg punya. Jadi siapa? Singa yg kat lobi tu ke? Mungkin takde apa2. Mungkin perasaan je. Mungkin jugak aku bosan. Mungkin jugak aku teroverdose caffein. Selagi aku waras, kita layankan jelah. Lagipun perasaan ini tidak akan mengubah apa-apa. Hanya doa yg mampuku titipkan. Agar suatu masa nanti kau temui apa yg kau tidak temui dalam diriku. ;-)

Kudaku Lari Gagah Berani

Sapa lahir tahun kuda, cuba angkat tangan! Hari pertama kerja selepas cuti beberapa hari. *macam le lm sgt* Sesampai tempat kerja, aku tengok deko utk tahun baru cina dah pun bermula. Dalam semua-semua deko tu aku tertarik dengan yg ni (gambar atas). Entahlah macam hidup je. Macam bergaya pun ada. Pendek citer kira Hensomlah! Tahun baru kuda ni nmpknya aku akan sambut kat puncak gunung Kinabalu. Fikir nak cuti lima hari dari empat hari yg dirancang pada awalnya. Kot2lah badan penat dapat rehat lebih bagus jugak. Kebetulan, rombongan kitorang yg seramai 28 tu akan lepak dua malam kat atas tu lapor Jz yg datang jumpa aku lepas kerja, hapdet persiapan aku. Buruk muka Jz bila aku bagitau dia yg aku tak beli satu hapa pun lagi. Alah ada dua minggu lagipun tempelak aku. Sempat lagi lah. *tambirang!* Yg penting hari mendaki tu tak byk kabus. Lagi penting cuaca cerah. Kalau tak, banyak hampeh la tak ble nak snap bagai.

BB Cafe Bar & Grill

Aku tak pegi tempat ni kot kalau yg bwk tak bg info yg salah. Kawan ajak gi Sugar Bun, lepak situ sambil dengar live band perform. Happening katanya. Mula tu duk ralit jugak fikir, rangkaian francais mcm Sugar Bun ni ada arrange ke such entertainment? As it turned out, rupanya Sugar Bun tu sebelah BB Cafe Bar & Grill. Tipah tertipu. Hadooo... I'm not a big fan of live band. Since dah sampai, what the heck? Jom lah! Minuman pun order Milo panas dan jus je. *kena jeling pelanggan lain* Ada tiga penyanyi; dua perempuan sorang lelaki. Yg dua tu mostly nyanyi solo, yg lelaki tu yg main alat muzik, backup dan solo. Boleh tahan jugak suara dorank, esp yg sorank tu pompuan. Lunak je suara dier mcm kek keju baru kuar peti ais. Bangga kejap dengan produk tempatan. Hidup Sabah! Bila sorank lg start nyanyi I SET FIRE TO THE RAIN, I had enough. Bukan sebab lagu tu mengingatkan kenangan buruk. Tapi aku tak mo mlm tu jd kenangan buruk dgr singer tu nyanyi. Sorry, vibrator you mcm rosak le mlm...

Edisi Kangkung

Macam bilik remaja jer... Salah tema ni. *Serkup masuk dalam selimut* Rasa kena beli satu atau dua rak lagi lah. Yg ada ni pun tak ble menampung yg tersorok kat bawah katil tu. Kalau dah ada rak, mesti nanti macam kedai buku atau DVD. *Ngolok ko sono* Huhuhuh... Koleksi air tangan Rhonda Byrne... Yang terbaru HERO. Sajo lah tayang nak bagi jeles org Mukah tu. Hew hew hew... Aku mmg suka collect buku2 motivasi dan juga biografi. Novel kureng sikit, maaf yea, lagi2 yg cintan cintun. Buku2 motivasi yg lain ada. Tunggu le dapat rak baru nanti kita display lah yea. Selain rak, aku rasa nak beli satu meja kecil tuk letak bd player dan tv hdmi yg saiz sederhana. HIFI kat atas tu pun cm nak ganti baru jgk... Semua tu akan masuk dlm bajet tahun ni. Syukurlah yea, byk2 brg yg naik harga. Kangkung je turun. Tapi kubis jugak yg dihidang...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...

DIY Lagi!

Bangun pagi teringat nak pasang ni. Elok pulak semua orang takde senang aku buat kerja. Separuh jalan nak siap perut pun dah mula berkeroncong. Aisehmen bukan kerja berat pun. Ikut panduan, susun ikut tanda, putar skru... Ulang. Tadaaaaaaa!!! Dah siap pun... Ingat nak letak dalam bilik buh Grey's Anatomy, Roswell, Lord of the Rings... Macam2 lagilah!

Jom Berpasta

Hari pertama cuti. Takde rancangan spesel pun. Dalam kepala fikir nak spend time rest je. Merasa nap di tengahari and no coffee for few days. Dua tiga bulan terakhir ni mcm hectic sangat... Kopi tu dah mcm kewajipan. And I'm longing for a nap after lunch. Untuk rileks, I cooked myself some pasta. Buat simple2 je utk isi perut. Dah plan beforehand, so bahan dah awal2 beli. Bila masak pasta cenggini teringat plak masa jd student master dulu2 dgn housemate. Kitorang menyewa kat University Inn time tu. Tiap seminggu sekali kitorang akan buat acara masak2, biasanya Khamis (Kedah cuti Jumaat). Antara menu wajib yg housemate nak ialah Sphagetti Bolognaise.  Ada jugak teringat satu masa tu kengkawan cuba resepi baru. Nak buat TEMPURA but end up bertempur dgn kuali. Termasuk air kot dlm minyak tu. Dalam masa lain ada jugak yg cuba nak buat sotong goreng salut tepung Linda macam kat Kuala Perlis. Popular spot budak UUM bila dpt duit biasiswa. Agaknya, terlebih baking powder dah jadik macam m...

Suratan Atau Kebetulan

"Are you in charge in here?", sergah Mamat yg berjambang rambut kreteng-kreteng menganggu feeling aku sakit perut di pagi ni. Mamat ni datang mempersoalkan kenapa kemudahan dalam bilik yg didudukinya tidak dilengkapkan utk lima orang. Ko mintak satu katil saiz queen jadi ko nak apa lagi? Lima katil queen-sized? Banyak cantik muka kau. Ingat tak dalam Pok Pok Silap kesnya lebih kurang sama jugaklah yg mcm aku lalui ni. Ini membuatkan aku tertanya-tanya. Aku yg tak faham promosi ke atau Mamat ni yg sebenarnya bengap. Automatik mana-mana hotel akan memuatkan maksimum setiap bilik dua orang pada caj satu malam (unless bilik tu set for triple, quadruple or so on). Selaras dengan setting bilik satu atau berdua, segala kemudahan yg ada khusus utk seorang atau dua orang sahaja le. What do you expect? Kes sekarang ko dah tambah tiga orang lagi. Automatik extra pax tu patutnya pihak hotel caj le kan. But this time around you don't have to... Why you may asked? Sebab promotion dala...

Hadiah Sabar Buat Saya...

Walaupun bukan yg sama saya tetap bersyukur... Dah pudar keratan akhbar tuh. Mungkin besok lusa terpaksa pecat. Ganti gambar lain. Misi lain. Tak tercapai sekarang, mungkin satu hari nanti.

Roswell High

Tak sihat pulak aku hari ni. Ini mesti gara-gara kena hujan, tak cukup tidur tapi terlebih makan smlm punya cerita. Rancangan nak sambut hari lahir kawan kat Pizza hari ni pun terpaksa aku tangguhkan. Tak best jugak pegi dalam keadaan hidung berair dan muka sembam mcm ni... *muka suda jadi bida' sbb kepenatan* Rasanya hari ni nak lepak rumah jelah kebetulan pulak off. Memandangkan Roswell yg aku tempah dua bulan lepas dah ada kat tangan, elok jugaklah aku layan mana yg mampu. *Sah2 habis satu musim* Aku order ni sebenarnya rindu dengan series ni. Masa zaman2 student (post-graduate) dulu aku ingat lagi kitorang satu lab research gila berkakai donlot ramai-ramai pakai torrent. *Kenangan terindah* Siap masing2 diberi tugas mendonlot mana2 episod. Dah siap semua share tapi layan sendiri2 lah. Dimana CD2 yg menyimpan fail2 yg kami donlot tu, tak tau lah. Nak mintak dgn kawan2 plak semua dah jauh2. Jadi ada duit lebih tu, elok jugaklah aku beli buat koleksi. Lagipun tak le mahal san...

Jalan Cinta Mesilau

Hari ni kitorang mengeluyur ke Jalan Cinta Mesilau, lawat ladang tenusu yg popular dengan jolokkan New Zealand, Sabah. Malangnya hari tak bermula dengan baik. Kereta kawan kena pecah pencuri dan kemudian cuaca pulak tak begitu baik. (T_T) Masa kat pekan Nabalu, cuaca masih elok lagi. Gunung Kinabalu masih boleh dilihat dengan jelas. Masa tengah singgah sekejap snap2 tulah sekawanan awan mula menyeliputi puncak Kinabalu. Hurmmm... faham-fahamlah. Tanda hari nak hujan. Sampai Kundasang kami singgah dulu, Kundasang War Memorial sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami pagi ni: Desa Cattle, Ladang Tenusu di Mesilau, Kundasang. Cuaca masih okay lagi sebelum tengahari. Bila dah mula masuk Jalan Cinta Mesilau, hujan renyai-renyai pun turun. Sepatutnya boleh lihat gunung Kinabalu dari Ladang Tenusu tu. Namun disebabkan oleh kabus yg tebal, yg kami nampak hanya awanan yg memutih. Hujan pula menghadkan aktiviti meronda kawasan sekitar. Malah hasrat bergambar di ladang tenusu berlatarkan g...

Bencita

Van Pos Malaysia datang pagi ni. Dalam hati berbisik, cepat jugak sampai bungkusan Pn Atica? Macam saspen pulak bila dua orang brother berpakaian uniform Pos Malaysia keluar dan bawak tiga kotak yg aku kenal sangat... Tapi takan lahhh??? Jap jap... Nak carik tempat sandar. Oh kenapa rasa macam nak pitam ni? Lemah lutut... Oi oi... Berdiri... Berdiri! Sambut bungkusan tuh! Itu pun nak lemah lutut lah... Hahaha... Bongok lah! Bongok tul! Hahahaha... Ya inilah bungkusan yg tersangkut tahun lepas... Adoyai... Menetes air mata! Yg paling kiri aku rasa Twilight Saga, dan yg dua lagi tu Roswell. Hambek ko, sekali sampai. Tak sabar nak bukak. Balik jap lagi aku kopek. Aduiiii... Benci lah ko Kastam Malaysia suka tahan2 aku punya bungkusan. Bencita tau!

Dua Ribu Tiga Belas Dalam Satu Entri

Entri kali ini cuba menyorot kembali kejadian-kejadian yg berlaku sepanjang 2013 dalam hidup aku yg sedikit huru hara ini. Ada satu masa dalam hidup aku betul-betul rasa putus asa. Cerita rasa hati itu terkandung dalam entri A Ray of Hope . Sengaja aku tidak perincikan cerita, tetapi entri tu sebenarnya berkenaan tiga tempahan aku yg tidak sampai-sampai. But, by some miracle, two months later one of the parcel arrived unexpectedly pada satu pagi di bulan Januari! Kejutan tahun baru 2013 itu aku kongsikan kisahnya dalam entri The Parcels That Never Arrived . Akhir Januari, peserta-peserta GEMS sekali lagi berkampung di hotel kami menambah pengalaman dan kenangan baru buat aku. Berbanding dua GEMS yg terdahulu, kali ini aku terlibat secara langsung menjadikannya lebih personal. Salah satu kejadian yg aku ingat sepanjang dua bulan bersama peserta-peserta GEMS ni adalah satu kejadian yg aku ceritakan dalam   H.Y.S.T.E.R.I.A . Kejadian ini terjadi di minggu pertama mereka samp...

Steady Jak Kau Bah Sono...

Tergelak aku baca rebiu seorang guest hotel kami yg mengatakan beliau diberi bilik berhantu pagi tadi. Bermalam Disember lepas, guest ini mendakwa bahawa pintu tandas biliknya pandai terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Mendengar bunyi orang mundar mandir di balkoni dan dikejutkan dgn bunyi orang mengetuk-ngetuk almari pada pukul tiga pagi. Padahal bunyi-bunyi tu mungkin datang dari exhaust kipas dlm bilik air, boiler heater atas siling, atau pintu tandas tu mmg dah longgar engselnya. Bunyi orang yg dia dgr di balkoni tu entah2 datangnya dari kersik pelepah pinang yg ditiup angin, bunyi ketukan pada almari pulak datang dari keriuk-keriuk lemari usang yg sememangnya mudah diliuk-liukkan. Aku pernah dgr semua bunyi ni. Mula-mula rasa seram jugak. Tapi bila diteliti betul-betul... Alah bunyi biasa aje. Tapi tak taulah kalau labah-labah besar yg dilihatnya merayap di dinding tu boleh dikaitkan dengan hantu? Kalau dah takut... Semut angkat gula-gula pun boleh jadi tanda mahkluk halus. Te...

Pok Pok Silap

Hari ni aku lah yg paling campin. Boleh-boleh aku bertekak dengan guest dari Australia. Yg bikin lagi panas, emak dan anak pun menyampuk macam diorang lagi tahu produk hotel ni dari aku. Asalnya aku hanya sekadar mahu membantu. Terdapat kekeliruan dalam tempahan beliau. Setiba guest dari KKIA aku segera bertanyakan tentang tempahannya itu. Namun lain jadinya. Dalam tempahan yg dibuat melalui Agoda, guest tu mahukan satu bilik yg mempunyai satu katil bersaiz queen, utk memuatkan empat orang dewasa (muat ke?). Tapi bukan muatan itu yg jadi masalah. Masalahnya skrg, bila terdapat satu SPECIAL REQUEST dalam tempahan yg menyatakan INTER-CONNECTING ROOMS. Secara logik, tempah satu bilik macam mana nak inter-connecting rooms pulak? Dah tau salah, si guest ni pun mulalah berdolak dalih... Nak bigger room lah. Nak extra mattresses lah... Sure no problem, sir, but please be reminded, all these upgrades incurred additional charges. I don't want to pay more than what I have paid, si angkol jam...

Momen Paling Kelakar 2013

DIY Kutuk screen protector Iphone 4s big bos yg ada bubbles, sbb ketara sangatlah DIY. Kenapa tak mampu hantar kat kedai ke? Tgh suka-suki mengutuk dlm suasana Annual Dinner, geng2 semua diam. Bila pusing kiri Big Bos berdiri betul-betul dibelakang aku. Nasib baiklah bos tak kenakan aku masa diperkenalkan sebagai organiser... Kalau tak malu lah satu dunia! Phewww! Tak Muat Frame Sakan nak bergambar selepas makan. Jadi on henfon camera dan cuba snap guna front camera. Dari kami bertiga, dua orang aje yg ada dalam frame. Puas diadjust, tapi nampak ubun-ubun kepala dia aje... Ha-ha... Kebetulan pulak lepas tu kami nonton Hobbit 2 which makes the whole story a lot funnier. Rasa masa tu pecah perut nak tahan ketawa kat lobi Suria Sabah tu dibuatnya. Pengajarannya lain kali sila ambil gambar ramai2 duduk. Berdiri tak sama tinggi... Duduk sama rendah... Hew3x. Jom Bershampoo Balik rumah kepala serabut dengan macam-macam menda. Masuk bilik air pun masih tgh kusut memikirkan hal-hal ditempat ke...