Langkau ke kandungan utama

Suratan Atau Kebetulan


"Are you in charge in here?", sergah Mamat yg berjambang rambut kreteng-kreteng menganggu feeling aku sakit perut di pagi ni.

Mamat ni datang mempersoalkan kenapa kemudahan dalam bilik yg didudukinya tidak dilengkapkan utk lima orang.

Ko mintak satu katil saiz queen jadi ko nak apa lagi? Lima katil queen-sized? Banyak cantik muka kau.

Ingat tak dalam Pok Pok Silap kesnya lebih kurang sama jugaklah yg mcm aku lalui ni.

Ini membuatkan aku tertanya-tanya. Aku yg tak faham promosi ke atau Mamat ni yg sebenarnya bengap.

Automatik mana-mana hotel akan memuatkan maksimum setiap bilik dua orang pada caj satu malam (unless bilik tu set for triple, quadruple or so on). Selaras dengan setting bilik satu atau berdua, segala kemudahan yg ada khusus utk seorang atau dua orang sahaja le.

What do you expect?

Kes sekarang ko dah tambah tiga orang lagi. Automatik extra pax tu patutnya pihak hotel caj le kan. But this time around you don't have to...

Why you may asked?

Sebab promotion dalam Agoda say so.

But there's a catch. Extra pax tu F.O.C with optional extra bed, berbayar. Kalau tak nak extra bed, boleh jugak. Then is up to you lah mcm mana nak arrange 5 orang dlm bilik tu.

Tapi kenapakah si Melaun ni tak faham-faham...? Fikirnya malar GRATIS.

Upon check out Mamat jambang ni masih lagi tak puas hati.

"Should be deducted from breakfast", hambur Mamat tu apabila dia nampak aku caj segala additional request yg sampai ke bilik dia.

Ko mmg tak faham eh, complimentary breakfast tu apa dia?

Nak maki tak boleh. Aku telan jelah perangai guest yg dari Australia ni. Lain kali tak payah lah ko melancong jauh2 lagi. Ko duduk jelah kat Australia nun.

Tapi kenapa eh, warga Australia lagi? Suratan kah atau kebetulan? *terjun dari katil*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...