Langkau ke kandungan utama

Momen Paling Kelakar 2013

DIY
Kutuk screen protector Iphone 4s big bos yg ada bubbles, sbb ketara sangatlah DIY. Kenapa tak mampu hantar kat kedai ke? Tgh suka-suki mengutuk dlm suasana Annual Dinner, geng2 semua diam. Bila pusing kiri Big Bos berdiri betul-betul dibelakang aku. Nasib baiklah bos tak kenakan aku masa diperkenalkan sebagai organiser... Kalau tak malu lah satu dunia! Phewww!

Tak Muat Frame
Sakan nak bergambar selepas makan. Jadi on henfon camera dan cuba snap guna front camera. Dari kami bertiga, dua orang aje yg ada dalam frame. Puas diadjust, tapi nampak ubun-ubun kepala dia aje... Ha-ha... Kebetulan pulak lepas tu kami nonton Hobbit 2 which makes the whole story a lot funnier. Rasa masa tu pecah perut nak tahan ketawa kat lobi Suria Sabah tu dibuatnya. Pengajarannya lain kali sila ambil gambar ramai2 duduk. Berdiri tak sama tinggi... Duduk sama rendah... Hew3x.

Jom Bershampoo
Balik rumah kepala serabut dengan macam-macam menda. Masuk bilik air pun masih tgh kusut memikirkan hal-hal ditempat kerja. Oleh kerana aku menggunakan produk hairwax, jadi aku perlu bershampoo setiap hari. Jadi satu hari ni, aku masuk shower tangan aku terus aje buat auto-pilot capai apa yg aku rasa botol shampoo. Half way aku bershampoo tuh aku mula perasan bau buihan di kepala tu lain dari kebiasaannya. Bila tengok ke botol yg masih terbuka penutupnya, baru aku tau aku bershampoo dgn krim mandian... Huhuhu... Nasib baik bukan Clorox... Kalau tak luruhlah rambut aku!

Mana Megi Aku?
Pergi kedai Kalink beli jajan bagai. Rasa macam dah ambil semua tapi bila balik, meginya takde. Jadi nak makan apa ni wei? Terpaksalah keluar lagi balik pegi beli. Kali kedua terjadi, sama jugak kejadiannya rasa macam dah beli semua. Tapi bila check beg plastik, jem je ada rotinya takde. Apakah kejadian ni? Misteri nusantara sungguh. Hahaha... Padahal, sendiri yg lupa. Oleh kerana malas dah keluar maka sofa lah yg dapat sapuan jem tu.

Mara
Aku mara, dia mara. Aku dekat dia lagi dekat. Bila berselisih aisehmen... Pondan lah pulak! Patutlah kaki berjalan bersilang semacam aje.

Berapa harga ni dik?
Pergi G*Mart, Kinarut beli kacang soya masa bulan puasa lepas. Tgh duk pilih2 tetiba aku diserbu oleh seorang pakcik tanya harga barang. Kawan kat sebelah dah pecah perut tergolek-golek macam sial. Kadang2 kawan usik jugak bila lalu G*Mart tu. Dah punch in ke kat sana? Bongok! Beginilah jadinya bila keluar masih pakai uniform kerja. Satu lagi insiden, semasa tgh syok picit2 teddy bear kat Kaison, Putatan tetiba kakak tu datang tanya berapa harga barang yg dia pegang. Aku tak pakai baju uniform hotel pun but in my office attire... Itu pun kena jugak... Hew3x. Jawapan standard aku bila hadapi keadaan begini ialah buat muka cool dan cakap: "Sori saya tak kerja di sini!"

Ming Garden
Mark tanya umur aku berapa dengan Nora. Tekaan Mark, aku dalam early 20s. Gelak sakan lah aku dgn Nora sebab umur aku sebenrnya beza setahun aje dgn Mark. Sebelum tu semasa bertugas Mark yg teman aku tunggu Nora pergi lapor diri di Ming Garden tetiba disapa seseorang. Dari Mark aku dapat tahu individu tu seorang pemandu crew MAS. Mark kata orang tu fikir aku pramagura sedang tunggu kena pick up. Ntah betul ntah tidak, aku terima jelah cerita si Mark. Entah2 dia kenakan aku tak?

Ulasan

Catat Ulasan