Langkau ke kandungan utama

Steady Jak Kau Bah Sono...

Tergelak aku baca rebiu seorang guest hotel kami yg mengatakan beliau diberi bilik berhantu pagi tadi.

Bermalam Disember lepas, guest ini mendakwa bahawa pintu tandas biliknya pandai terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Mendengar bunyi orang mundar mandir di balkoni dan dikejutkan dgn bunyi orang mengetuk-ngetuk almari pada pukul tiga pagi.

Padahal bunyi-bunyi tu mungkin datang dari exhaust kipas dlm bilik air, boiler heater atas siling, atau pintu tandas tu mmg dah longgar engselnya. Bunyi orang yg dia dgr di balkoni tu entah2 datangnya dari kersik pelepah pinang yg ditiup angin, bunyi ketukan pada almari pulak datang dari keriuk-keriuk lemari usang yg sememangnya mudah diliuk-liukkan.

Aku pernah dgr semua bunyi ni. Mula-mula rasa seram jugak. Tapi bila diteliti betul-betul... Alah bunyi biasa aje.

Tapi tak taulah kalau labah-labah besar yg dilihatnya merayap di dinding tu boleh dikaitkan dengan hantu? Kalau dah takut... Semut angkat gula-gula pun boleh jadi tanda mahkluk halus.

Terfikir jugak tadi nak lapor rebiu sebagai tidak relevan tapi bila nengokkan rating yg diberi, 7.7/10 aku fikir-fikir tak perlu lah kot buat masa ni.

Dalam hati bengkek jugak lah. Baru booking up tetiba ada pulak orang buat rebiu macam ni.

Hantu yg ini aku dapat sahkan kewujudannya.. Ini hantu pantang jumpa cermin.
Sejak aku haplot gambar baru di Agoda hari tu, dlm pertengahan November, booking aku tengok mcm mencurah-curah macam hujan tiap2 petang.

Awal Februari aje dah hampir separuh datang dari Agoda. Kuota pun dah bertambah dari suam-suam dua buah melonjak ke sepuluh bilik sehari bagi menampung permintaan yg kian meningkat (uisehhh mcm laporan saham pulak).

Malah Agoda pun telah enabled-booking hingga ke pertengahan tahun 2015 utk pelanggan-pelanggannya.

Up to now tak tau lagi kesan rebiu tu kepada pelanggan2 Agoda. Tak tau lah kalau a bit of reputation boleh menaikkan nama hotel. Kita tengok dan lihat sajalah dulu. Steady jak dulu orang Sabah bilang. Dalam pada masa yg sama cuba beri perkhidmatan yg terbaik..

p.s Aku mengalami masalah menghaplot gambar melalui web tadi... Lembab nak mampus mcm sehari suntuk nak kena tunggu. L:ast-last aku buat mcm yg biasa aku praktikkan... Haplot melalui mobile terus ke akaun Picasa. Alamat besok aku buang jugak Broadband Celcom aku ni ke tong sampah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...