Langkau ke kandungan utama

Jalan Cinta Mesilau

Hari ni kitorang mengeluyur ke Jalan Cinta Mesilau, lawat ladang tenusu yg popular dengan jolokkan New Zealand, Sabah. Malangnya hari tak bermula dengan baik. Kereta kawan kena pecah pencuri dan kemudian cuaca pulak tak begitu baik. (T_T)


Masa kat pekan Nabalu, cuaca masih elok lagi. Gunung Kinabalu masih boleh dilihat dengan jelas. Masa tengah singgah sekejap snap2 tulah sekawanan awan mula menyeliputi puncak Kinabalu. Hurmmm... faham-fahamlah. Tanda hari nak hujan.


Sampai Kundasang kami singgah dulu, Kundasang War Memorial sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami pagi ni: Desa Cattle, Ladang Tenusu di Mesilau, Kundasang. Cuaca masih okay lagi sebelum tengahari. Bila dah mula masuk Jalan Cinta Mesilau, hujan renyai-renyai pun turun.


Sepatutnya boleh lihat gunung Kinabalu dari Ladang Tenusu tu. Namun disebabkan oleh kabus yg tebal, yg kami nampak hanya awanan yg memutih. Hujan pula menghadkan aktiviti meronda kawasan sekitar. Malah hasrat bergambar di ladang tenusu berlatarkan gunung Kinabalu juga tak tercapai.


Sambil tunggu hujan reda, kami lepak dekat cafe sambil menikmati produk hasil keluaran tenusu ladang tu. Ruang tempat makan tu pula bersebelahan dengan kandang perahan susu. Walaupun belum bermula, sempat jugalah kami melihat lembu-lembu tu dilepaskan utk memasuki kandang perahan susu. Sila nonton video yg berikut ni...


Timing tak bagus, cuaca tak elok, ladang pula dlm proses naiktaraf. Jadi byk yg tak menarik dipandang dari yg cantik dirakam. Begitupun bunga-bunga liar yg tumbuh disekitar ladang ini umpamanya menarik perhatian aku. 


Malas menunggu cuaca bertukar cerah, kami berangkat pergi. Dalam perjalanan balik kami berhenti sebentar di Kinabalu Park World Heritage Site sambil buang harga tiket RM3.00 seorang.


Aku tengok ada byk duit syiling bertaburan di atas batu tanda Kinabalu Park tu. Rasanya ada orang sengaja campakkan situ, mungkin dengan tujuan utk pasangkan hajat. Aku pun keluarkan jugak duit syiling RM0.20 utk dicampakkan ke batu tu.

Nebes jugak bila kawan2 kata kalau duit tu jatuh ke bawah hajat tu tak jadi tadi. Lagi sial, kawan2 boleh teka apa yg aku nak. Duhhhh...


Perjalanan hari ni dipandu oleh HERE Drive. Nak ke rumah terbalik di Tamparuli ni pun menggunakan bantuan aplikasi yg dibina oleh Nokia ni. Mmg gediklah sangatkan? Walhal boleh aje berhenti tanya orang ke mana arah.


Utk dinner kami singgah Salut. Masing-masing pesan nasi goreng kampung, puding dalam kelapa muda dan berkongsi lokan bakar setumpuk ni. Walaupun hari ni nampak mcam mendung aje, tapi kalau disudahi dengan hidangan seenak ini, musibah yg datang pun dapat dihadapi dengan hati terbuka... Chewah!

Senyap-senyap kami rancang utk pergi lagi.

Ulasan

  1. dah sampai semua tempat. kecuali gambar yg last

    BalasPadam
  2. untonglah!!!

    klu dapat singgah makan kat salut tu bagus jugak... sedap wa cakap lu... saja tukar selera dari asyik makan makanan kk.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...