Langkau ke kandungan utama

Potongan Sepuluh Per Sen

Kejadian ni berlaku tengahari semalam. Kisahnya guest ni nak dapatkan diskaun sepuluh per sen. Diskaun ni adalah utk kakitangan kerajaan. Utk dapatkan diskaun ni perlu bawa ID.

Apabila diminta ID, guest ni pun menyerahkan satu kad lusuh.

Selepas belek, aku pulangkan semula kad tu dan jelaskan yg hotel kami tidak terima kad ID tersebut tanpa perlu menyebut yg kad tu dicetak dan dilaminate sendiri.

Namun guest bebal ni tetap berdegil, malah dengan yakin menunjukkan cop rasmi dan tandatangan di belakang kad. Kononnya itu sudah cukup utk membuktikan yg dia orang gomen.

Kalau cop dan tandatangan tu jelas dan terang tak apalah. Ini dah kabur org mata 20/20 pun ragu2 apa yg tercetak.

Tak cukup dengan itu guest tu berani pulak mendakwa yg kalau dia 'wave' kad tu di Sri Aman, orang lepaskan dia masuk.

Sri Aman mana tak tau lah. Yg aku tau kad homemade kau ni hotel aku tak terima.

Lain pula ceritanya dengan pasangan yg satu ni lagi. Selepas dapat bil, dia terus teriak, "kenapa saya tak dapat gov rate?"

Mmg lah tak dapat bahalul, dalam hati aku menjawab. Masa kau check in kau ada bagi ke ID kau?

"Saya sepatutnya dapat gov rate! Saya staff UMS!", bentaknya lagi.

Bila diminta ID, macam2 pulak alasannya.

Potongan yg dia dapat pun dalam RM15.00 sahaja, tapi lagaknya macam dia dapat tinggal PERCUMA.

"***** ingat tak saya? Saya pernah buat function kat sini."

Tangan ke dada bila aku tengok aksi guest desperate ni menahan pengurus kami semata-mata nak dptkan diskaun dikit begitu. Sanggup memalukan diri.

Tapi apa yg pengurus aku buat? Dia abaikan je.

Peraturan tetap peraturan. Bila kata kad ID, jangan pulak berani2 tunjuk ID pelajar korang yea. Itu nahaslah kena penampar oleh aku.

Ulasan

  1. What people do to get discounts kan..walaupun seciput tetap naaaakkk jugekkk!

    BalasPadam
  2. Klu nk dpt diskaun at least sediakan apa yg ptt kan? Ni tidak mcm hotel bapak dier jer.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.