Kadang-kadang pelik jugak bila aku buat sesuatu keputusan. Acap kali tidak bersandarkan maklumat lengkap dan dalam byk hal bergantung semata-mata dengan rasa gerak hati. Aku tak le kata aku ni hebat. Main rasa-rasa aje dah tau buruk baik sesuatu. Sekurang-kurangnya aku boleh mengelak dari melalui pengalaman yg tak sepatutnya. Contohnya macam terpaksa tidur bilik ala dorm utk kursus yg aku sepatutnya hadiri dlm minggu ini. Atau terpaksa berkongsi toilet ramai-ramai mcm ni? Sebetulnya aku tak sanggup melalui pengalaman begini. Kalau dekat dgn rumah okay jugak. Ni jauh nun di Kundasang sana. Tak tau lah di mana silap penganjur kali ni. Kalau dirujuk dalam surat tawaran peserta patutnya dapat bilik "Twin Sharing". Alih2 yg pergi kena duduk berkongsi bilik ramai2. Si kawan dapat jugak bilik mcm dlm gambar yg last. Cuma bukan utk menginap utk guna tandasnya saja. Si kawan bilang, tandasnya banyak rosak itu pasal kena pakai bilik ni. Tak tau lah nak komen apa...
Leka, Liku Hidupku