Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Aku Sahut Cabarannya!

Setelah bertahun tak kena tag, aku amat berbesar hati menerima cabaran dari cik Linda  kali ini dengan penoh gaya. Elok2 pulak 30 hari kan tempoh cabaran diberi, jadi apa kata kita mulakan besok sempena masuknya bulan November merangkap bulan kelahiran aku. Selesai cabaran, aku akan tag org berikutnya. Boleh?

Kerja Malam Lagi

Diterima Isnin baru ni. Kalau nak diikutkan, byk yg nak dirungutkan mengenai bungkusan yg aku baru terima ni. Memandangkan dah sampai kita redho aje walau dalam hati mengutuk keji kenapalah boleh lambat padahal dah sampai Malaysia sejak seminggu yg sudah. Perkhidmatan kita yg lembab atau apa? Dalam merungut-rungut tu kebimbangan mula menjiwai warga Walai berikutan kejadian Subuh Sabtu lepas. Apa pun spekulasi masing-masing tentang kejadian menyilukan itu, aku cuba melihatnya dalam sudut yg positif. Musibah demi musibah datang, aku jadikan ini sebagai titik tolak utk aku kembali semula bekerja pada sebelah malam. Dengar cerita, bbrp jabatan sudah ada yg mula bekerja pada sebelah malam mulai malam ini. Jadi, tidak lah aku keseorangan bila bertugas pada sebelah malam nanti. Ada yg merungut pasal kerja malam, takut dan segalanya. Bagi aku nikmat kerja malam ni sebenarnya. Berbandign kerja sebelah siang, malam tak le sibuk sangat. Kalau ada sesiapa yg kita tak suka bersua di tempat kerja. B...

Tayar Buruk

Aku tak tahu kenapa aku jadikan tayar buruk ni subjek aku Ahad sudah. Mula-mula kamera S5 dgn HDR dan Picture Stabilization dihidupkan. Kemudian dgn kamera 1020, pada tetapan auto. Gambar di atas adalah yg sudah di oversampling ke 5mp. Bingung kejap. Tak tahu mana satu lagi bagus aku pos kedua-duanya. Bukan apa dua-dua pun nampak cantik. Tapi siapa tahu, tayar buruk ni jadi isu besoknya yg serta merta mengubah landscape hotel. Aku hanya mampu tersenyum dgn apa yg terjadi. Mengambil iktibar dari bala yg datang.

Pemegang Monopod

Bangung2 pagi kebuluran. Bila difikirkan malam tadi melantak tak hengat dunia, mcm tak logik pulak pagi2 ni rasa nak makan seekor Zebra panggang. Tapi itu lah yg aku rasa. Celik2 mata aje carik makanan. Sesambil tu cuba2 mengingat ke mana perginya pemegang monopod aku. Kali terakhir aku pakai Selasa minggu lepas, wefie di Mekdi, Api-api, sesambil tunggu passport antarabangsa aku siap. *dua org tu sengaja dikaburkan bagi melindungi "THE INNOCENTS"* Yep aku ke UTC minggu lepas, buat passport. Seminggu berlalu dah kejadian tuh. Kalau tak bernasib baik, tercicir kat mana2, sedekoh jelah. Kalau salah letak, harap aku jumpa balik. Buat masa ni pakai apa yg ada. Mujur jugak monopod aku tu didatangkan dgn dua pemegang. Satu yg utk henfon saiz besar; pemegang yg aku kerap guna, dan satu lagi lebih kecil. Yg kecil ni agak ketat bila dipakai pada henfon aku. Itu sebab aku tak berapa suka nak guna. *strong grip katanya* Memandangkan tarikh nak ke Singapura dah nak dekat -monopod pun mcm ...

Gink Do'ot

Destinasi kami petang ini adalah Sushi-King, cawangan 1 Borneo Hypermall. Perjalanan kami yg memakan masa hampir dua jam - sudah tentunya akibat jem - berbaloi bila masing-masing datang dengan perut kruk kruk. Sebagai pembuka makan malam aku sambar Chuka Iidako (RM4.00) - dari rel hidangan terus ke meja makan. Melihat Babu Ros yg sudah di piring ke tiga, ikut standard tu, aku dikira dah ketinggalan banyak lahapan. Tidak mahu ketinggalan, aku jamu selera  pula dengan Ebi Fry (RM6.00). Memenuhi selera tekak, aku cadangkan sushi yg sama kepada Jejel yg turut mengakui keenakannya. Jejel bagaimanapun tidak begitu galak mengambil sushi dari rel berbanding aku dan Babu Ros. Maklumlah sudah menyinggah Doss sblm ke sini. Aku dan Babu Ros pula rasa masih boleh isi lagi tembolok berdasarkan anggaran bajet berangan kaya. Dengan tema, alah bukan selalu datang pun aku kerjakan lagi sushi berikutnya dgn Unagi Slice (RM6.00), walaupun masa ni dah pesan satu set bento. Masih menunggu pesanan aku, a...

I-Parcel & Pos Laju

Hujan sekejap-sekejap, tapi lebat. Tapak kanan ku pulak sedari tadi gatal. Sambil merenung ke luar yg dingin hati berbisik. Kalau tak sampai hari ni, nampaknya kena tunggulah sampai Isnin minggu depan. Satu lori dan satu mini van berhenti di pintu depan hotel. Pemandu masing2 memunggah keluar bbrp bungkusan dan kotak. Bbrp kali menempah barang melalui Zalora, aku kenal kedua-dua kenderaan. Mesti agen penghantaran, GDex ni, Betul seperti telahanku, si pemandu datang menatang bbrp bungkusan ke kaunter. Ada bbrp bungkusan tuh dialamatkan kepada aku. Nama aje atas tu aku punya, tapi barang dalam dia bukan yea. Setelah menunggu seharian aku pasrah. Bbrp minit lagi pukul empat aku sambar payung terus menuju ke mesin perakam masa. Dah masa utk balik pun kan? Dalam hujan renyai-renyai aku bergerak sayu meninggalkan hotel. Entah kenapa tiba2 aku menoleh ke belakang. Satu van yg aku kenal sangat baru saja parkir di hadapan pintu utama hotel. Enjin sengaja dibiarkan hidup. Keluar dari van tuh, me...

916

Oooppsssss cincin siapakah? Aku pun tak tahu sebenarnya. Pungut masa tumpang bas dalam minggu lepas. Tak ingat hari apa. Aku simpan dan baru kemarin aku ingat. Dah ingat tu, aku kongsi lah dengan kawan2. Tanya-tanya kot2 cincin ni betul emas ke? Yalah nama pun emas kan? Dibuang tetap berharga. Jadi si kawan seorang ni aku perkenalkan sebagai Tipah (bukan nama sebenar) suruh check kat cincin kalau2 ada tulisan 916. Aku kata ada (mcm dalam gambar yg aku magnify kan tu) Tipah pun apa lagi, teruja bangat. Dia selama ni berangan jumpa emas di pisuk2 berasa aku lah yg paling untong. Berat ke? Kau fikir segantang, aku jawab. Alah kecil je pun. Muat elok kat jari kelinking aku yg runcing ni. Kalau bukan budak, baby yg pakai ni. Yalah kalau mak2 takan saje dia nak pecat tinggalkan macam tu je kan? Kalau betul ni emas si Tipah bilang ada lah harganya dalam puluh2 gitu. Bukan puluh2 ribu. Puluh2 ringgit sahaja yea. Baru timbul angan2 nak shopping bagai. Dengar ringgit2 tu yg mampu beli top up aje...

Pasta Pasta

Gambar IC dah terlekap baru nak pergi perbaharui. Itu pun kalau bukan gara2 nak buat passport agaknya haram aku nak berkunjung ke sini. Begitupun passport belum buat lagi ni. Tak dan buat semua hari ni. Minggu depan kalau ada kelapangan aku ke sini lagi le. Dah sudah di UTC aku pun bergerak ke bandar. Ada temujanji dengan Tajah Lenda. Dia nak perkenalkan tempat makan baru berdekatan tempat kerjanya di Gaya Street: PASTA PASTA. Murah lagi sedap katanya. Jadi bergegaslah aku ke sana kalau bergegas tu boleh disamakan dengan kelidutan City Bus. Macam sejam jugak aku menunggu nak bagi penuh bas tuh. Kalau aku tahu tempatnya. Elok aku menapak ajer. Tak sampai dua puluh minit dah sampai rasanya... Tsk tsk tsk... Beginilah suasana kaunter Pasta Pasta tengahari tadi. Nampak lengang sebab aku sengaja pilih waktu snap ni ketika ruang ni tidak begitu sibuk. Kita nak tunjukkan kaunter depan bukan belakang pelanggan-pelanggan yg kelaparan yea. Ini antara deko yg menghiasi dinding Pasta Pasta ni. Com...

Anabelle

Suasana GSC, Suria Sabah, ketika beratur membeli bertih jagung sebentar tadi. Nampak poster di hujung sana? Itulah tujuan kami serbu panggung malam ni nak tengok Anabelle. Dari kutipan respon penonton yg kejap2 gelak dalam dewan tayangan aku rasa sudah cukup membayangkan yg citer ni tak seseram rupa buruk patung Anabelle tuh. Garapan yg longgar dan penyudahnya tidak begitu mengesan meninggalkan perasaan tidak puas pada penonton cerewet seperti aku. Harap muzik jer cemas. Jalan cerita langsung tidak... Apa pun aktiviti makan, sudah menjadi kewajiban. Sebelum ke panggung pun dah bunga2 nak melantak. Pertama utk malam ni kami singgah Great Delight dulu, just for refreshment. Aku pesan Bubur Pulut Hitam, sbb jarang jumpa menu sebegini dan kebetulan pula ini adalah pertama kali menginjak ke Great Delight. Harga bubur semangkuk cuma RM3.50 sahaja. Rasa? Ooooiiii... Sedap! Untuk makan malam kami sedikit kurang bernasib baik. Maklum saja lah raya kan? Sah2 lah byk kedai yg jadi feberet tuh tut...

Karya Elektronik

Sejak bapak kena strok hari tu byk bulan dah aku ketinggalan baca Mastika nih. Nasib baik aku 'terjumpa' versi elektronik ni. Walaupun sedikit ketinggalan sekurang-kurangnya boleh baca jugak. Mastika dan Infiniti versi elektronik boleh dibeli atas talian dengan harga masing-masing RM3.00 dan RM2.90. Kalau beli kat kedai ni di Sabah boleh terbang jugak dalam RM5.10 setiap satu. Alasan letak harga potong kepala macam tuh? Tampung perbelanjaan pos. Pos le sgt... Jadi bile dah ada murah macam ni buat pe lagi beli kat kedai kan? Cuma satu je yg aku nak komen. Aplikasi E-Karya nuh tak brp nak mesra pengguna. Jenuh nak mencari menunya. Kekadang ada, kekadang menghilang... Elok angin nak membaca tros hilang ditelan bait. Tolong perbaiki aplikasi korang yg dilarikan atas Android ni yea!

Bapak Pembaptisan

Hensem tak? Ngeee... Mula2 kata tak nak beli. Sama je isi mcm yg dah ada (dlm btk DVD). Tapi kalau dah nafsu tu, sengkek tak sengkek, hujung2 beli jugak. Janji puas hati... Masa terima bungkusan ni, ada sedikit huru hara. Hampa jugak bila org yg diharap lepas tangan mcm tuh je. Mahu tak mahu, terpaksa berkakai sendirian. Syukur jugaklah, ada jugak yg mahu hulurkan tangan membantu. Kalau tidak habislah kena makan segala serigala dan harimau di situ. Dlm huru hara yg tidak diperdulikan tuh, krisis kewangan kampeni pulak yg skrg ni mcm membuatkan mood kerja aku terhumban jauh ke Laut China Selatan. Kalau tak sebab perlu pakai duit tak jugak lah aku risau sangat. Kebetulan pulak bulan depan nak ke USS (minyak naik RM0.20 adik aku mesej smlm. Nak mintak subsidi dari aku lettew). Barang dah galak pesan itu dan ini sbb fikir gaji on time mcm selalu. Rupanya subplot kali ni bertukar cerita misteri. Skrg masing2 berteka teki bila gaji nak masuk dlm bank. Humppffff... Apa pun, lihat semuanya dal...