Langkau ke kandungan utama

I-Parcel & Pos Laju

Hujan sekejap-sekejap, tapi lebat. Tapak kanan ku pulak sedari tadi gatal. Sambil merenung ke luar yg dingin hati berbisik. Kalau tak sampai hari ni, nampaknya kena tunggulah sampai Isnin minggu depan.

Satu lori dan satu mini van berhenti di pintu depan hotel. Pemandu masing2 memunggah keluar bbrp bungkusan dan kotak.

Bbrp kali menempah barang melalui Zalora, aku kenal kedua-dua kenderaan. Mesti agen penghantaran, GDex ni,

Betul seperti telahanku, si pemandu datang menatang bbrp bungkusan ke kaunter.

Ada bbrp bungkusan tuh dialamatkan kepada aku. Nama aje atas tu aku punya, tapi barang dalam dia bukan yea.

Setelah menunggu seharian aku pasrah. Bbrp minit lagi pukul empat aku sambar payung terus menuju ke mesin perakam masa.

Dah masa utk balik pun kan?

Dalam hujan renyai-renyai aku bergerak sayu meninggalkan hotel. Entah kenapa tiba2 aku menoleh ke belakang.

Satu van yg aku kenal sangat baru saja parkir di hadapan pintu utama hotel. Enjin sengaja dibiarkan hidup. Keluar dari van tuh, melambai si pemandu.

Aisehmen! Kenal betul pekerja Pos Malaysia ni kat aku.

Walaupun jarak kami agak jauh, aku boleh cam kotak yg baru dikeluarkan oleh brother tuh. Tak semena-mena semangat aku yg layu, kejap tadi melonjak ke awan.

Aku segera berlari-lari anak, mendapatkan brother tuh utk menerima kotak yg mengandungi item yg aku tunggu2 sejak awal bulan ni.

Aku kekang rasa teruja aku dengan senyum kambing namun mata tetap tertancap pada kotak.

Selesai imbas kod bar dan memberi nombor pengenalan aku, kotak pun berpindah tangan.

Dari tepi mengekek, Babu Ros dan Jejel yg bertugas petang itu. Pandai datang balik bilang dorang kalau barang sampai.

Mengolok laitu sumpah aku sendiri-sendiri.

Balik rumah inilah yg terkandung dalam kotak. Sila tonton rakaman bideu ini... Hehehe...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...