Langkau ke kandungan utama

Anabelle


Suasana GSC, Suria Sabah, ketika beratur membeli bertih jagung sebentar tadi. Nampak poster di hujung sana? Itulah tujuan kami serbu panggung malam ni nak tengok Anabelle.

Dari kutipan respon penonton yg kejap2 gelak dalam dewan tayangan aku rasa sudah cukup membayangkan yg citer ni tak seseram rupa buruk patung Anabelle tuh.

Garapan yg longgar dan penyudahnya tidak begitu mengesan meninggalkan perasaan tidak puas pada penonton cerewet seperti aku. Harap muzik jer cemas. Jalan cerita langsung tidak...

Apa pun aktiviti makan, sudah menjadi kewajiban. Sebelum ke panggung pun dah bunga2 nak melantak. Pertama utk malam ni kami singgah Great Delight dulu, just for refreshment.


Aku pesan Bubur Pulut Hitam, sbb jarang jumpa menu sebegini dan kebetulan pula ini adalah pertama kali menginjak ke Great Delight. Harga bubur semangkuk cuma RM3.50 sahaja.

Rasa? Ooooiiii... Sedap!

Untuk makan malam kami sedikit kurang bernasib baik. Maklum saja lah raya kan? Sah2 lah byk kedai yg jadi feberet tuh tutup. Raya tak raya, perut tetap mintak isi. Tak tau dah ke mana kami singgah aje medan selera kat sebelah Giant, Putatan.


Ini adalah antara menu yg paling mudah didapati di Sabah. Pergi mana2 pun mesti ada jual. Dah macam dibuat kudapan atau kekadang pembuka selera. Sayap ayam bakar.


Dah tak tau nak ambil menu apa, aku tunjuk aje Nasi Ayam Madu ni. Ikutkan hati nak makan seafood punya tapi makcik tu dah awal2 kata maaf tiada udang, dah habis.

Hampa dengan filem, makan malam pun nampaknya serupa jugak. Belasah jelah, yg penting kita bersyukur dgn rezeki yg ada. Kita haraplah agar misi akan datang akan lebih hebat! Lebih sedap!

Ulasan

  1. Aku mencik laaaa...hampa sangat! Teh tarik tu je yg kena dgn rasa. Yang lain? HAMPEHHHHHHH!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...