Langkau ke kandungan utama

Kerja Malam Lagi


Diterima Isnin baru ni.

Kalau nak diikutkan, byk yg nak dirungutkan mengenai bungkusan yg aku baru terima ni. Memandangkan dah sampai kita redho aje walau dalam hati mengutuk keji kenapalah boleh lambat padahal dah sampai Malaysia sejak seminggu yg sudah.

Perkhidmatan kita yg lembab atau apa?

Dalam merungut-rungut tu kebimbangan mula menjiwai warga Walai berikutan kejadian Subuh Sabtu lepas.

Apa pun spekulasi masing-masing tentang kejadian menyilukan itu, aku cuba melihatnya dalam sudut yg positif.

Musibah demi musibah datang, aku jadikan ini sebagai titik tolak utk aku kembali semula bekerja pada sebelah malam. Dengar cerita, bbrp jabatan sudah ada yg mula bekerja pada sebelah malam mulai malam ini. Jadi, tidak lah aku keseorangan bila bertugas pada sebelah malam nanti.

Ada yg merungut pasal kerja malam, takut dan segalanya. Bagi aku nikmat kerja malam ni sebenarnya. Berbandign kerja sebelah siang, malam tak le sibuk sangat. Kalau ada sesiapa yg kita tak suka bersua di tempat kerja. Bekerja waktu malam lah adalah masa yg sesuai utk mengelakkan diri dari sesiapa.

Sempena kembali bekerja malam ni, aku dah merencana bbrp aktiviti agar malam2 ku kelak tidak membosankan. Sehingga keadaan kembali tenang, aku doakan semoga semua baik2 sahaja.

Harapan aku selepas ni agar pihak pengurusan memberi lebih keutamaan pada keselamatan warga Walai terutama sekali yg bertugas pada sebelah petang dan malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.