Langkau ke kandungan utama

Pasta Pasta


Gambar IC dah terlekap baru nak pergi perbaharui. Itu pun kalau bukan gara2 nak buat passport agaknya haram aku nak berkunjung ke sini.

Begitupun passport belum buat lagi ni. Tak dan buat semua hari ni. Minggu depan kalau ada kelapangan aku ke sini lagi le.

Dah sudah di UTC aku pun bergerak ke bandar. Ada temujanji dengan Tajah Lenda. Dia nak perkenalkan tempat makan baru berdekatan tempat kerjanya di Gaya Street: PASTA PASTA. Murah lagi sedap katanya.

Jadi bergegaslah aku ke sana kalau bergegas tu boleh disamakan dengan kelidutan City Bus.

Macam sejam jugak aku menunggu nak bagi penuh bas tuh. Kalau aku tahu tempatnya. Elok aku menapak ajer. Tak sampai dua puluh minit dah sampai rasanya... Tsk tsk tsk...


Beginilah suasana kaunter Pasta Pasta tengahari tadi. Nampak lengang sebab aku sengaja pilih waktu snap ni ketika ruang ni tidak begitu sibuk. Kita nak tunjukkan kaunter depan bukan belakang pelanggan-pelanggan yg kelaparan yea.


Ini antara deko yg menghiasi dinding Pasta Pasta ni. Comel je secomel kedainya yg kecil. Kecil pun selesa tau!


Boleh pilih satu dari enam pasta, sementara sos pula tak silap aku ada empat jenis demikian juga intinya (atau topping boleh pilih dari tujuh pilihan). Tengahari ni aku cuba Spageti Carbonara Seafood.

Rasanya?

Dengan harga RM6.50 aku boleh katakan berbaloi. Cuma sos carbonara dia ni agak cawir sikit. Kalau pekat kompom aku pesan satu lagi bawak balik. Tak pesan lagi bukan sbb tak sedap tapi memikirkan ukurlilit pinggang yg semakin mengembang. Hakikatnya semangkuk ini masih tak cukup.

Perot gajah lah katakan!


Istimewanya PASTA PASTA adalah bekas mangkuk kertas yg unik ini. Kedai lan hidang menggunakan pinggan tetapi di sini tidak. Teringin nak bawak balik satu. Oleh kerana, tak nak nampak macam pemungut sampah kita snap ajelah yea? Hew3x.

Dah namanya PASTA PASTA jgn mimpi pulak carik Pizza yea. Sini jual pasta sajork. Macam aku lettew tu jakun tadi. Lulz.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...