Langkau ke kandungan utama

Bapak Pembaptisan


Hensem tak? Ngeee...

Mula2 kata tak nak beli. Sama je isi mcm yg dah ada (dlm btk DVD). Tapi kalau dah nafsu tu, sengkek tak sengkek, hujung2 beli jugak. Janji puas hati...


Masa terima bungkusan ni, ada sedikit huru hara. Hampa jugak bila org yg diharap lepas tangan mcm tuh je. Mahu tak mahu, terpaksa berkakai sendirian. Syukur jugaklah, ada jugak yg mahu hulurkan tangan membantu. Kalau tidak habislah kena makan segala serigala dan harimau di situ.

Dlm huru hara yg tidak diperdulikan tuh, krisis kewangan kampeni pulak yg skrg ni mcm membuatkan mood kerja aku terhumban jauh ke Laut China Selatan.

Kalau tak sebab perlu pakai duit tak jugak lah aku risau sangat. Kebetulan pulak bulan depan nak ke USS (minyak naik RM0.20 adik aku mesej smlm. Nak mintak subsidi dari aku lettew). Barang dah galak pesan itu dan ini sbb fikir gaji on time mcm selalu. Rupanya subplot kali ni bertukar cerita misteri. Skrg masing2 berteka teki bila gaji nak masuk dlm bank.

Humppffff...

Apa pun, lihat semuanya dalam sudut positif. Lambat gaji, memaksan aku utk tidak meneruskan sifat boros aku yg tak habis2 memesan itu dan ini. Skrg, target aku nak pergi perbaharui kad pengenalan dan buat passpot.

Yg ini entah bila nak pegi pulak yea? Takan tunggu gaji jugak kan? Nak tunggu gaji alamat lah tak berpassport aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.