Demam nak melancong datang lagi. Destinasi pilihan kali ni ialah Bali. Hari tu ada jugak Nora sebut-sebut, tapi tiada follow up makanya rancang sendiri-sendiri lah. Kalau diizinkan tuhan, kewangan dan waktu, aku akan terbang ke Bali dalam akhir bulan Oktober langsung terus sampai ke bulan November sambut ulangtahun aku yg ke-37 di sana. Sambil melancong sambil nak elak birthday surprise dari kawan2 jugak sekali sebenarnya... Huhuhu... Untuk lawatan pertama ke Bali ni aku fokus kepada tiga tempat utk diziarahi: Menikmati suasana senja di Luhur Uluwatu dan tidak lengkap rasanya kalau singgah situ tanpa menyaksikan persembahan tarian Kecak . Merasai keindahan mistik Kuil Tanah Lot di atas batu yg dikelilingi air laut. Jika mengizinkan mahu juga melihat sendiri suasana senja di situ. Ingin mengabadikan sendiri momen dalam piksel milik sendiri. Menyaksikan kesibukan petani dari Wayan hingga ke Kitut mengerjakan padi teres di Tengalala , Bali tengah sambil memainkan lagu Petani nyanyia...
Leka, Liku Hidupku