Langkau ke kandungan utama

Satu Ramadhan


Tertunai jugak hasrat di hati nengok citer nih. Berbaloi-baloi penantian. Ditambah pula sewaktu mula perjalanan hujan turun dengan derasnya. Hampir2 fikir nak kansel tadi. Sesampai bandar, aik, ceroh pulok. Tak le panas, mendung gitu. Sedang elok lah buat menapak ke Suria.

Ada jugak member ajak tengok Poltergeist kat MBO. Tapi dah tunggu masa lagi ni nak masuk panggung dan tiket pun dah beli, tak dapat lah nak belusir ke Imago. Hang tengok lah sendiri-sendiri no!

Jem hari ni dari Kinarut sampai Petagas. Tu tak lagi bila dah ambang2 raya. Hampun lah nak menyelit. Bukan habis masa carik barang nanti, habis masa di atas jalan raya. Lepas raya ni mungkin aku dah tak kuar KK kot kalau tak mendesak.

Jadi shopping raya kau tanya mcm mana?

Jangan nak buat lawak! Tahun ni pun aku mcm tak raya. Minggu pertama kerja seperti biasa. Aku pun tak tau lagi bila nak cuti. Fikir2 jugak nak ambil cuti masa puasa nih sebab kebetulan tak sibuk. Rasanya bila semua barang aku tempah online sampai baru aku ambil cuti panjang kot. Tengok keadaan.

Kalau tak pun aku tangguh cuti lepas raya. My parents pun nak turun kehel lagi. Kot2 aku nak join, boleh beraya dengan family belah sana.

Apa pun dua tiga hari lepas dah mula pasang angan2 bercuti ke Bali. Kalau tak dapat ujung tahun ni aku percepatkan ke Ogos. Jelos pulak nengok adik aku gi bercuti di Krabi. Aku pun nak bagi jelos kat dorang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Dua Puluh Dua Puluh

Hujan akhirnya berhenti. Jariku mula gatal mahu mengetuk-getuk papan kekunci. Ku jenguk di luar. Langit masih murung. Hati terdorong utk mengarang. Aku kira semua mengalami episod gelap sepanjang tahun 2020. Tahun yg kononnya Malaysia diwawasankan bakal menjadi negara maju. Teringat aku masa sekolah dulu, naif serta malas ambil tahu hal ehwal dunia dimomok dengan gagasan Chedet: WAWASAN 2020. Siapa tahu kenapa tahun 2020 di pilih, tanya cikgu diperhimpunan. Aku yg cuba hadir di ketika, menelinga penjelasan. Lain kali kalau cikgu lain tanya aku dah ada jawapan. Yakin. Habis sekolah, masuk matrikulasi dan keluar universiti, apa perincian wawasan pun aku tak pernah cuba ingat. Agaknya aku tahu secara buta tapi seakan mengerti bahawa Wawasan tu tak mungkin tercapai atau sekurang-kurangnya pada tahun yg dipilih. Dalam akal fikiran aku hanya ada bbrpa perkara yg aku tidak bicarakan dengan sesiapa. Betapa dalamnya lubuk hati aku ini tidak ada siapa boleh mengakalinya... Chewah!  Sesekali ...