Langkau ke kandungan utama

Kian Runduk Padi Kian Berisi

Demam nak melancong datang lagi. Destinasi pilihan kali ni ialah Bali. Hari tu ada jugak Nora sebut-sebut, tapi tiada follow up makanya rancang sendiri-sendiri lah.

Kalau diizinkan tuhan, kewangan dan waktu, aku akan terbang ke Bali dalam akhir bulan Oktober langsung terus sampai ke bulan November sambut ulangtahun aku yg ke-37 di sana. Sambil melancong sambil nak elak birthday surprise dari kawan2 jugak sekali sebenarnya... Huhuhu...

Untuk lawatan pertama ke Bali ni aku fokus kepada tiga tempat utk diziarahi:
  1. Menikmati suasana senja di Luhur Uluwatu dan tidak lengkap rasanya kalau singgah situ tanpa menyaksikan persembahan tarian Kecak.

  2. Merasai keindahan mistik Kuil Tanah Lot di atas batu yg dikelilingi air laut. Jika mengizinkan mahu juga melihat sendiri suasana senja di situ. Ingin mengabadikan sendiri momen dalam piksel milik sendiri.

  3. Menyaksikan kesibukan petani dari Wayan hingga ke Kitut mengerjakan padi teres di Tengalala, Bali tengah sambil memainkan lagu Petani nyanyian Arwah Hjh Nur Asiah Jamil dalam kepala... Kih3x.

Tempat-tempat lain tu perca sajalah, kiranya sempat singgah kalau tak sempat tak menganggu acara ku di sana. Bagaimana pun yg tiga di atas tu wajib. Shopping segala tak boh lah. Kalau ada kraftangan yg aku berkenan aku hangkut kot. Kalau tak biaq pi lah... Hahaha...

Tarikh dah dapat, tinggal nak beli tiket lagi. Lepas tuh nak carik hotel mana nak duduk... Cawangan Tune Hotel kat situ dah tutup plak. Setel dua yg penting nih, kita carik supir pulak. Ada bbrp nama yg kawan dah cadangkan. Okielah... Janji murah dan boleh tunjukkan tempat makan yg halal bila ada di sana nanti.

Harapnya semua berjalan lancar. Maklum sajelah... Dari A ke Z sendiri yg atur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...