Langkau ke kandungan utama

Love Story


Dah terima blu-ray Fifty Shades of Grey dari Amazon, bbrp minggu sudah. Blu-ray yg aku terima ni versi triple play yg datang dgn dua format lain: DVD dan digital. Pringles bagaimana pun tidak disertakan dalam pakej. Boleh dibeli berasingan di 7E... Hew3x.

Lepas tengok muvie ni mengidam pulak nak baca novelnya. Menarik bagi aku, sbb visualnya kena pada jiwa aku. Belum pun membaca sebaris dari novelnya, aku sudah boleh menyelami apa yg dilalui oleh watak Ana (I'm romantic), merasai rintihan naluri Christian (I don't do dates).

Di luar dari tanggapan filem semi porno, aku lihat filem ini pada dasarnya adalah sebuah kisah cinta. A girl meet her prince charming kinda of story.

Walaupun kita boleh berdebat tentang perlukah babak semi-naked yg menggambarkan selera pelik watak Christian terhadap BDSM, namun sisi gelap itulah bagi aku satu konflik penting yg membantu menggerakkan jalan cerita.

Pertembungan dua karektor, seorang masih naif (pretty vanilla) sementara yg seorang lagi terlanjur maju kedepan, menjadikan cerita semakin seronok utk dinikmati.

Babak tanpa dialog, bercerita sendiri. Nuansa setiap gerak dan mimik muka pelakon memberi byk ruang utk penonton menterjemah apa yg terjadi.

Mcm berlebih-lebihan pulak aku memuji filem ni kan? Aku bukanlah memuji sebenarnya, sebaliknya cuba berkongsi bahagian apa yg aku suka. Cerita yg menumpu kepada karektor mmg makanan aku. Can't help it, sbb the writer in me, cenderung menyukai cerita-cerita begini.

Bbrp hari sudah ada jugak aku carik novel, 50 shades. Semua Popular kat KK tu aku singgah, terbaru Times di Suria. Huh, habuk satu pun tak nampak. Dipendekkan cerita, nak senang, aku beli jelah versi digital.

Dah beli tu tak baca lagi pun. Aku baru khattam The Interview with Vampire (Anne Rice) bbrp hari sudah dan sekarang tengah ulangkaji Harry Potter and the Sorcerer's Stone... Ngeh. Esok-esok habis buku Harry Potter tu baru aku baca plak 50 Shades tuh.

Kenapa tak baca je terus kau tanya? Alah, saje nak bagi lupa dulu garis kasar plot yg ditonton dari versi muvie. Tak syok baca something yg kau dah tau jalan citer dia kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...