Langkau ke kandungan utama

Yeah aku dah raya!


Dua hari cuti, menimbun bungkusan sampai. Cuba kalau kerja? Haram satu pun susah nak nampak.

Paling belakang tuh ubat otot aku. Nak sado punya pasal kan? Alah protin shake je tak yah unbox lah yea. Kita trus kepada bungkusan lain.


Antara banyak-banyak pesanan inilah yg bikin beruban. Pesan bulan Mei lagi... Dah hujung-hujung Jun baru menemui destinasinya. Nasib baik murah kalau tak kena bebel free abang posmen tuh oleh aku. Eh ko cuti how la ko nak ceramah?


Ini yg aku curious sgt nak tengok. Mcm sesuatu gitu. Beli ni pun semata-mata tajuk dia. Nasiblah seller local jugak, tak perlu tunggu haris. Esok free boh kita layan ramai-ramai!


Yg ni beli terus dari Amazon US. Belah kiri tu mmg lama dlm senarai wishlist hanya baru skrg terklik tuk pesan. Sementara yg belah kanan tuh tetiba rasa mcm nak tengok.

Masa blajar dulu ada beli vcd, tapi disc 2 dia lesap diculik pelesit. Apa faedah layan vcd disc 1 je ada kan? Jadi sampai skrg lah tak pernah tgk citer ni lagi. Dah beli format blu-ray ni hrpnya boleh lyn smpi habis lah!


Mumbai mari punya dan banyak murah! Alah beli dari Ebay. Yg kiri tu klasik wajib tonton. Pasangan menjadi kalau digandingkan. Harus pecah panggung! Yg kanan tu sajer beli sbb nak tahu citer asal sebelum Dedh Ishqiya. Bollywood pun dah pandai sekuel prekuel skrg yea.

Tolak semua ni ada dua lagi yg blom sampai. Satu resistance band aku. Beli ganti yg putus hari tuh. Satu lagi blu-ray. Citer apa kita simpan dulu nanti tak seprais! Chewah konon!

Tahun ni raya sakan lah aku! Raya dgn blu-ray!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.