Langkau ke kandungan utama

Black Mountain Products


Terima petang tadi dari Lazada. Banding produk yg terdahulu, yg ni aku tengok ada kelas sikit. Material tiub getah tuh nampak lebih baik dan kukuh. Harap tak berulang lagi kejadian hari tuh.

Harga pun tengoklah boleh tahan jugak. Dari yg aku baca produk ni pilihan popular pembeli Amazon.com. Itu jadi salah satu faktor kenapa aku pilih produk ni pada asalnya.


Itu gambaran isi kandungan barangan tercetak di belakang kotak. Sekali dengan sampel rutin yg boleh diamalkan menggunakan getah regang tuh. Klik pada gambar utk zum kot2 rajin nak mentelaah lebih lanjut.


Wah ada pouch lagi yea. Sedang elok saiz dia utk mengisi semua tiub getah yg dipesan dan bbrp aksesori tambahan yg lain. Puas hati lah! Pouch produk yg aku beli sebelum ni terlalu kecil utk memuatkan semua tiub yg disertakan. Sudahnya pouch yg disertakan aku tak pakai pun.


Yg bestnya setiap tiub mempunyai kekuatan regangan masing2. Boleh pakai semua kalau dah badang sangat. Kalau tak cukup badang lagi boleh padan gabung mengikut kebadangan korang... Hahaha... Tiub yg warna merah tu yg paling kuat. Kekuatannya menyamai berat lebih kurang 10 kg lah gitu.


Tak cukup sampel yg dicetak dekat belakang kotak, di dalam disertakan dengan satu booklet senarai senaman yg boleh dibuat menggunakan tiub getah tuh. Habis kopak bungkusan tadi aku terus buat utk shoulders. Gigihkan semata-mata nak jadi gagah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...