Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Krabi Aku Datang!

Dari tajuk dah tau nak citer apa kan? Sudah tentulah pasal perancangan percutian tahun depan. Ewah awal gitu. Tu lah semalam nampak promo Airasia ke bermacam destinasi terus wasap kengkawan. Giler kau tak teruja tengok harga cantik mcm tuh. Kalau sebelum ni beli aje bila-bila asal dapat ke destinasi yg nak ditujui (lagak org kaya), kali ni lain sikit sebab target tiket murah bila promo datang. Awal tu anggaran bajet seorang mau-mau jugak rm800 untuk pergi balik termasuk penginapan. Skrg dah dpt harga promo harap2 boleh potong kos separuh. Belum lagi dapat total penuh sebab tiket yg kami beli nih utk KL-Krabi pergi balik. Itu baru rm140, jadi harapnya tiket KK-KL murah lah sikit kan... tawaran yg ada skrg pun dlm rm129... Balik je dpt harga tuh... Pergi dalam rm200 lebih... Tak boleh jadi ni... Kena tunggu lagi harga turun. Dah beli tiket maknanya tarikh pergi tuh dah ada. Dlm keriuhan tgk harga murah, kol Siti, kol Adhie, kami pun sepakat utk memilih percutian k...

Semangat Rimba

Sedang heboh diperkatakan, jadi aku ikut teruja untuk menonton filem yg diangkat dari novel dengan tajuk yg sama Tombiruo: Penunggu Rimba. Tambahan lagi selepas mendengar pengakuan peminat novel yg adaptasi filem ini berjaya mengekalkan "mood" karya Ramlee Awang Murshid tuh. Didorong dengan ingin tahu jugak aku menapak ke MBO, Imago, Khamis lepas bagi menyaksikan sendiri filem yg setakat ini sudah mengutip lebih 4 juta. Sebelum masuk panggung aku ronda dulu Popular Bookstore dan hampir2 nak membeli novelnya. Aku pun tak tahu lagi suka atau tidak cerita nih, jadi dari terbuang duit tak tentu pasal elok aku beli selepas menonton filemnya. Keputusannya? Tak jadi beli (reaksi muka tuh sedikit kecewa). Pada pandangan aku Tombiruo ni filemnya biasa-biasa sahaja. Dan bila ingat balik semua rebiu yg MEMUJI, termasuk satu yg aku baca di instagram oleh Fauziah Nawi, aku rasa macam YEA KE? Tidak dinafikan aksi bertarung yg dihidangkan menarik namun pada keseluruhannya ku...

Zaman Sekolah Dulu Best?

Kena tag ex-classmate di pesbuk, jemputan mengenang kisah lalu. Zaman sekolah dulu-dulu. Tak dinafikan zaman sekolah dulu-dulu menyeronokkan. Terutama sekali masa sekolah rendah. Ingat lagi lepas habis sekolah, sanggup berjalan kaki atau berbasikal Cooper menghadiri latihan pancaragam atau koir. Bersungguh lah berlatih nih, sebab cikgu Marzuki kata kita nak masuk radio. Tut tut saja bunyi recorder. Habis rakaman sampai ke sudah tiada khabar berita. Aku akhirnya ke udara jugak lama selepas tuh. Speaking lagi ha dalam radio ko hader? Merasa jugak popular kejap bila surat-surat peminat datang mencurah. Alhamdulillah, keputusan SPM aku yg cemerlang membuka pintu untuk aku menikmati semua tuh walaupun sebentar cuma. Ikutkan aku lah, pengalaman mengaji di utara tanahair tuh yg menyumbang banyak kenangan manis. Masa mula-mula pijak menara gading tuh bukan main lagi. Macam-macam motivasi dihidangkan. Kau mewakili dua persen dari kalangan rakan-rakan sekolah yg berjaya meneruska...

Siri 4

Sedar-sedar tinggal bbrp bulan lagi nak habes 2017. Masa awal tahun dulu rasa macam oooohhh lamanya lagi. Sekarang dah tinggal tiga bulan. Hujung tahun macam biasa, birthday aku dah dekat. Kurang sebulan lagi ke November, membilang hari bak kata orang, aku bakal menginjak usia ke siri 4. Aku ingat masa sekolah dulu2, tingkatan 4 atau 5 masa tuh,  pernah tertanya-tanya 10 tahun dari hari tu di mana agaknya kami berada. Tidak seperti dalam filem, watak-watak dalam cerita aku ni tak bersama selepas 10 tahun kami bertanyakan soalan tuh. Tiada aktiviti kenang mengenang. Tiada reunion. Kalau ingatan aku betul, 10 tahun selepas tuh aku masih di Kedah, bergelut dengan tesis atau pun dalam proses menunggu untuk dipanggil Viva Voce . Up to that point, rasanya hidup aku macam telah diatur. Dan sampai skrg pun aku rasa begitu. Dah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku takde apa yg nak dirungutkan. Syukur, Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Berbalik kepada soal...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Hiking di Bukit Tirig, Telipok

Hiking di bukit Tirig ni sebenarnya dah rancang lama, lebih kurang selepas selesai kami tawan bukit Nuluh Lapai . Bukit Tirig dan Bukit Nuluh Lapai ni dekat je. Simpang jalan masing2 boleh ditemui di jalan yg sama korang jumpa Salut Lokan Bakar dan Puding Kelapa. Yg teruja hiking kali ni sebab aku bawak deron. Ntah apa2nya yg aku bawak dlm bbrp meter lagi nak sampai ke puncak aku pancit. Rasa macam nak gelap jugak sekejap dunia aku. Nasiblah jugak destinasi yg nak dituju tak jauh lagi. Kalau pengsan di situ maunya kena golek turun ke bawah. Dah ada di atas badan terusnya aje segar balik bila mengadap deron. Berikut sedikit video yg aku buat sepanjang hiking kami nih. Hiking kali ni turut disertai oleh Jurianah, ex-classmate sekolah menengah dulu. Memandangkan kami2 ni jenis kepoh, Jurianah serta merta klik dengan kitorang semua menjadikan aktiviti di Bukit Tirig ni lebih enjoyable. Sesambil hiking, sesambil mengutuk sesama sendiri. Seronok sangat hiking ni belum ...