Langkau ke kandungan utama

Kusembuh Luka Ku

Hamboi tajuk entri bukan main lagi kan sejak akhir2 nih?

Sesaja lah tarik perhatian pembaca budiman. Kisahnya takde pun yg luka2 nih... Gembira je dihariku... Gitu.

Lagi-lagi baru-baru ni aku dpt shut lokasi yg aku sejak sekian lama kepengen nak shut.


Sesambil tunggu waktu miting pukul 9 pagi, cuaca pulak elok, aku pun yakinkan diri terbangkan deron ke lokasi yg lebih kurang 1km dari tempat deron berlepas.

Pagi tu juga kali pertama aku terbang pada ketinggian 350m.

Dengan Mavic Pro semua tu kacang je walaupun kekadang takut2 jugak kalau aku dah capai laluan komersial kapal terbang.

Sedap2 terbang kena langgar aku punya deron sapa nak tanggung?

Kalau kena langgar tak pe lagi. Kalau menyebabkan kemalangan di ruang udara bagaimana?

Bukan selalu kan? Gitulah penjahat nak sedapkan hati.

Ikutkan ketinggian penerbangan dinasihatkan pada maksimum 120m atau sebaiknya pada line of sight.

Tapi apa mainan tinggi mcm tu kan? Pergi lagi jauh lah yea tak?

Takdelah. Kalau tempat ni macam bandar ke atau yg mmg sibuk dengan laluan kapal terbang komersil kompomlah aku tak terbangkan setingi itu. Jangan ambil risiko dan membahayakan keselamatan orang lain.

Beristighfar hokie!

Begitupun aku akan cuba terbangkan sampai 400m (had maksima yg ditetapkan oleh DJI utk deronnya).

Selain gambar aku jugak turut shut video utk tatapan semua kawan2. Jangan lupa like ya... Kah3x.


Tapak yg aku terhengen sangat nak shut ni sebenarnya merupakan tapak penempatan pelarian Filipina dalam tahun2 70an... Dah 40 tahun ni masih ada lagi ka pelarian2 yg asal?

Tengok dari kepadatan penduduk dari pandangan udara rasa macam mahu jugak 5-6 kampung dalam tuh.

Yg dirisaukan kepadatan begini bukannya pelarian yg dahulu tetapi PTI yg entah mana datang menyelinap.

Jangankan kita, polis pun takut masuk area ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...