Phewwwww... terlunas hajat menerbangkan deron mengelilingi pulau Montukod bbrp hari sudah.
Hajat awal saja2 terbangkan utk buat tinjauan, tapi selepas turunkan deron dan tengok futej yg terakam mcm wow boleh godek utk jadikan video nih!
Sedap2 terbang tuh boleh pulak lupa nak tekan butang rakam. Hampeh sungguh masa tuh tapi aku tak berputus asa dan cuba shut lagi... Alhamdulillah apa yg final jadi tontonan rakan2 di pesbuk itu adalah pusingan kali kedua mengitari pulau Montukod tuh.
Video aku ada haplot ke youtube jangan risau. Kalau boleh tgk dlm 4K silakan... Sebab banyak detail yg boleh tengok.
Yang aku paling suka tengok sampan2 kecil beroleng-oleng dikitari burung-burung di lautan bebas.
Damainya pemandangan, macam tak mahu turun lagi!
Apa-apa pun, aku tinggal dulu korang dengan klip video ni. Lagu yg melatari video bertajuk PROMISE oleh Melly Goeslow...
Bila tengok video serasa makin dekat masa untuk ke Krabi! Doakan semuanya berjalan lancar!

Ulasan
Catat Ulasan