Langkau ke kandungan utama

Luka Lama Berdarah Kembali

Terkejut bila tiba-tiba dihubungi cik Kuntum2.

Nasiblah masih ingat lagi nama penoh. Kalau nama yg dipakai Tipah3 ker dah lama kena ignore.

Itu lah walaupun tak friend dlm pesbuk tapi disebabkan boleh view public post makanya ternampaklah bbrp kiriman yg sebenarnya tak lah brp baru pun.

Cik Kuntum2 nampak video dron aku pasal pulau montokud tuh. Impress agaknya dgn hasil drone aku tu dia tawar some job lah. Drone related job.

Kebetulan siang tuh aku lepaskan dron lama aku...

Dah tiga bulan dipisuk-pisuk elok aku serahkan kepada org lain yg boleh menmanfaatkan dron tuh.


Entah mengapa aku mengaitkan kes cik Kuntum2 muncul kembali ni dengan melepaskan dron lama sebagai satu tanda...
When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us...
Melepaskan dron ni aku rasa agak berat jugaklah.

Adik aku ada offer jugak sblm ni utk ambik tapi aku tak bagi. Sayang beno, sbb dron ni byk memberikan kenangan. Kat channel youtube aku tuh byk video yg dihaplot hasil dari dron ni lah...

Tapi bila dah dron lama bertukar tangan dan menjadi duit, aku dapat rasakan beban holding unto something lifted.

Bila lifted the burden, diam2 aku rasa mcm I can take the world now.

Ptgnya tu, cik Kuntum2 mesej aku dan mention pasal job offer.

You know lah kan, bukan selalu org nak offer job? Lagi2 kalau job yg serious berkaitan some study. Tapi memandangkan jarak yg memisahkan antara aku dan cik Kuntum2, chat kami tergantung.


Bila fikir-fikir balik. Ini kes stalk ke apa? Sbb cik Kuntum2 bukan friend pun dlm pesbuk (kenapa bukan ek?) Atau semua ni just some pretext nak jumpa?


Entahlah aku ni overthink ke apa?

Alhamdulillah proses jual beli berjalan dengan baik, walaupun mula2 tuh ada mcm tersangkut sikit sbb drone mungkin dah lama tak on. Error Battery lah... Kamera tak kuar gambar lah.

Tgk dari gaya pembeli mmg nak angkut terus dron tu tak maw cerita panjang.

Aku ni pikir kemudian hari je. Kang tak boleh guna dron tuh, sapa jugak yg susah? Aku jugak yg balik-balik kena carik!

Siang tadi pembeli wasap aku dan kata dah berjaya terbangkan dron yg dia beli dari aku. Mmg hepi customer lah tu nampaknya sbb balasan aku lepas tu dpt tick biru aje... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...