Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Trip Ke Terengganu Last Day

Macam hari terakhir aku jugak di Kuala Terengganu. Hapdet ni pun mcm nak tak nak aje. Kalau boleh nak terus sambung cuti... Realitinya, kena balik jugak. Kena teruskan kerja. Kalau kau jutawan boleh le cuti sepanjang tahun. Macam aku cerita di entri sebelum ni aku tunggu menu Nasi Dagang Atas Tol kuar kat Foodpanda pagi tu. Mula tu ada kejap, katanya 9.30 pagi. Menjelang 9.30 pagi dah takde pulak. Aku pun apa lagi bungkus lah cepat2 apa yg patut. Lagi aku lepak lama2 dalam bilik hotel lagi malas aku nak bergerak ke epot. Alhamdulillah. I'm lucky to be able to travel during this pandemic . Tiap-tiap malam sblm tidur atau sedang cuba nak tidur aku sentiasa ingatkan hal ni. Mungkin bagi orang lain mcm alah setakat Kuala Terengganu, whats the big deal kan? It was a big deal to me . Semuanya memerlukan perancangan yg teliti. Aku research dan kalau tak sebab tarikan2 tertentu aku mmg tak atur trip ni langsung. Itu satu hal. Satu lagi travel during Covid19. Ikutkan hati mmg nak batalka...

Trip ke Terengganu Day 4

Tersadai pulak catatan belog aku ni. Plan asal nak tulis secepat mungkin, sementara ingatan masih segar. Tangguh2, sudahnya tak terbuat dan banyak benda yg terlupa. Aku sebenarnya beri laluan kepada pembikinan video trip dulu. Bila dah siap satu video, mungkin satu je kut, baru aku rasa trip tu COMPLETED. Maklum sajalah dah berbulan-bulan tak bikin video kan? Ni berjaya publish satu sudah cukup utk jadi bekalan hingga destinasi seterusnya... Uish dah ada destinasi seterusnya ker?  I have one in mind . Cuma tak finalize kan lagi. Baru nak survey2 lah gitu kekdahnya.  Jom kita masuk ke cerita utama. Hari ke 4 aku di Kuala Terengganu bermula seperti biasa. Bangun awal dan rutin biasa layan streaming. Ada juga teringin nak keluar jenguk makam diraja Klebang dekat kampung Cina tapi aku malas. Lagilah nak heret diri pergi makan Nasi Dagang Atas Tol di Kampung Losong. Pergi? Tak nak pergi? Aku tetapkan hati utk fokus perjalanan hari tu ke Kuala Ibai nengok Masjid Terapung. Masih gu...

Trip Ke Terengganu Day 3

 Hari ni aku nak cabar diri sedikit menggunakan perkhidmatan bas KiTe. Sebelum ke Terengganu ni aku dah buat research pasal bas KiTE ni. Bas KiTe ni bukan sahaja membawa pengunjung ke beberapa destinasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu, bas itu sendiri pun adalah tarikan pelancong! Nak naik bas ni cari di Hentian Bas MBKT. Ginilah rupa basnyer... Ada sikit macam bentuk rumah, senang nak cam. Aku mujur juga dari tempat hotel aku menginap ke perhentian bas ni hanya dalam 5 minit berjalan kaki. Selepas merujuk jadual perjalanan dan laluan akhirnya aku ambil bas yg bergerak pada pukul 9 pagi. Tujuan kita pagi tu adalah ke Muzium Negeri Terengganu. Pakai bas KiTe ni tambangnya murah saja... RM2. Sesampai saja biasalah aku, terbangkan dron dulu. Tengok guna mata burung ni mmg tak boleh nak cakaplah betapa besarnya Muzium ni. Bila dah depan mata lagi lah. Jenuh nak pusing keliling... Tapi puas hati. Masa ni org tak ramai lagi wey. Gagau lah keluarkan kamera, GoPro lagi nak gambar, na...

Trip ke Terengganu Day 2

Hari kedua berjalan sedikit muram. Mungkin terbawa-bawa pasal arahan wajib swab dan kuarantin tuh. Begitupun tidak menyebabkan semangat aku luntur. Siap sedia dgn dron utk terbang di sekitar Jambatan Angkat. Bila sampai di Dataran Syahbandar, ada hujan rintik-rintik membantutkan niat aku untuk buat penerbangan sebaik sahaja tiba. Aku tunggu. Aku sanggup tunggu. Masa berlalu dan aku pun buat penerbangan pertama. Sedikit kecewa jugaklah dengan cuaca tapi aku teruskan meronda pagi tu. Salah satu tempat yg aku singgah kampung cina atau lebih dikenali sebagai China Town di Kuala Terengganu. Dah jumpa gerbang China Town dan Lorong Penyu aku terus balik bilik recas bateri dron sebagai persiapan ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Pemandu Grab turunkan aku di Masjid Kristal. Aku pun carilah port nak fly. Nak terbangkan dron sebelah depan tapi ramai pula pengunjung di kawasan situ. Kenalah cari yg lapang dan kurang org. Tengah2 fly boleh pulak ada gangguan elektromagnet. Jem dron aku kej...

Trip ke Terengganu Day 1

Rasa aku ada ramal kesukaran utk travel tahun ni dlm entri sblm2 ni tapi atas alasan lain. Siapa sangka kan jadi kenyataan? Dan Covid19 membawa mimpi ngeri kepada semua yg suka melancong. Tahun 2019 aku ligat sampai buat 4 trip melancong. Terbawa dengan semangat tu, otak aku gian nak merancang ke destinasi mana pula. Aceh dan Terengganu adalah antara tempat yg menjadi sebutan. Sayangnya tahun ni mmg tak dapat nak ke Aceh. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya terbang ke Indonesia buat masa ini. Trip ke Terengganu ni pun hampir-hampir tak jadi. Asalnya nak buat dalam bulan Julai. Mujur tiket boleh tukar ke kredit akaun jadi bila rasa nak pergi boleh lah tebus utk dptkan destinasi lain. Tarikh aku pergi ke Terengganu 26 - 30 Sept ni sebenarnya aku tetapkan utk ke Bali. Dah tak boleh fly out, jadi aku rasa inilah masa yg sesuai untuk ganti trip Terengganu yg batal Julai lepas. Pada awalnya, nampak macam sailing smoothly tapi hakikatnya laut tetap bergelora. Ujian datang dgn ketibaan Pilih...