Langkau ke kandungan utama

Trip ke Terengganu Day 1

Rasa aku ada ramal kesukaran utk travel tahun ni dlm entri sblm2 ni tapi atas alasan lain. Siapa sangka kan jadi kenyataan? Dan Covid19 membawa mimpi ngeri kepada semua yg suka melancong.

Tahun 2019 aku ligat sampai buat 4 trip melancong. Terbawa dengan semangat tu, otak aku gian nak merancang ke destinasi mana pula.

Aceh dan Terengganu adalah antara tempat yg menjadi sebutan.

Sayangnya tahun ni mmg tak dapat nak ke Aceh. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya terbang ke Indonesia buat masa ini.

Trip ke Terengganu ni pun hampir-hampir tak jadi. Asalnya nak buat dalam bulan Julai. Mujur tiket boleh tukar ke kredit akaun jadi bila rasa nak pergi boleh lah tebus utk dptkan destinasi lain.

Tarikh aku pergi ke Terengganu 26 - 30 Sept ni sebenarnya aku tetapkan utk ke Bali. Dah tak boleh fly out, jadi aku rasa inilah masa yg sesuai untuk ganti trip Terengganu yg batal Julai lepas.

Pada awalnya, nampak macam sailing smoothly tapi hakikatnya laut tetap bergelora.

Ujian datang dgn ketibaan Pilihan Raya Negeri Sabah yg dijadualkan pada 26 Sept. Pada masa yg sama kes Covid19 turut meningkat.

Aku jadi berbolak balik nak pergi atau tidak.

Bukan senang nak buat keputusan travel masa-masa begini. Lagi pula aku fikir dah Sept ni kes Covid19 dah susut malah sebaliknya pula!!!

Salah siapa?

Pada tarikh yg ditetapkan aku teruskan juga perjalanan walaupun ada sedikit risau.

Sesampai sahaja di Kuala Terengganu aku terus saja menapak ke Jambatan Angkat untuk ke galerinya.


Panjang jugak barisan nak beratur naik ke galeri menara.

Sudah tu kena had pula dalam 20 minit sahaja. Dalam satu-satu masa dibenarkan 40 org berada di dalam galeri.

Dapat ke atas tu pun bagi aku cukuplah. Lagipun tiket masuk tak le mahal mana. RM5 utk dewasa.

Usai bergambar di galeri Jambatan Angkat aku ingat nak singgah Watson di KTCC. Cari sabun, pelitup muka semua barang essential utk travel di waktu pandemik ni. Ada bawa tu mmg ada, tapi siapalah tahu tiba2 kehabisan... Takan masa tu baru nak carik kan?

Entah mcm mana bila nak balik aku rekues Grab balik hotel tak dapat. Semua sibuk atau pun jauh utk pick up aku.

Dengan berpandukan Google Map aku ambil keputusan utk berjalan kaki aje balik ke Hotel. Dan keputusan ni aku rasa satu keputusan yg aku tak akan kesal sampai bila2.

Dalam perjalanan balik tu lah aku lalu di bulatan batu bersurat.


Elok sangat lah wey jumpa bulatan batu bersurat ni. Ini termasuk dlm benda yg aku nak tengok masa datang Terengganu ni. Bukan bulatan ni yg aku maksudkan. Batu bersurat tu sendiri yg kini berada di Muzium Negeri Terengganu.

Melangkah semakin hampir ke hotel aku dapat wasap dari adik aku. Siap bagi gambar lagi skrin tv berita pengumuman mulai 27 Sept sesiapa yg tiba dari Sabah diwajibkan menjalani swab test dan perlu kuarantin.

Terduduk aku kejap wey. Skrg boleh happy2 nanti balik berkurung lah dlm bilik? Apa nak buat ni?

Plan B.

Sebelum balik bilik hotel, aku singgah makan malam di restoran hotel sebelah hotel aku menginap. Nama restoran tu Plan B.

Lepas aku baca betul2 dan rujuk bbrp tweet baru aku faham isi arahan tu.

Wajib swab test kepada yg baru sampai DARI Sabah, bukannya ke Sabah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...