Langkau ke kandungan utama

Trip ke Terengganu Day 2

Hari kedua berjalan sedikit muram. Mungkin terbawa-bawa pasal arahan wajib swab dan kuarantin tuh. Begitupun tidak menyebabkan semangat aku luntur. Siap sedia dgn dron utk terbang di sekitar Jambatan Angkat.

Bila sampai di Dataran Syahbandar, ada hujan rintik-rintik membantutkan niat aku untuk buat penerbangan sebaik sahaja tiba.

Aku tunggu. Aku sanggup tunggu.

Masa berlalu dan aku pun buat penerbangan pertama.



Sedikit kecewa jugaklah dengan cuaca tapi aku teruskan meronda pagi tu. Salah satu tempat yg aku singgah kampung cina atau lebih dikenali sebagai China Town di Kuala Terengganu.



Dah jumpa gerbang China Town dan Lorong Penyu aku terus balik bilik recas bateri dron sebagai persiapan ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.



Pemandu Grab turunkan aku di Masjid Kristal.

Aku pun carilah port nak fly. Nak terbangkan dron sebelah depan tapi ramai pula pengunjung di kawasan situ. Kenalah cari yg lapang dan kurang org.

Tengah2 fly boleh pulak ada gangguan elektromagnet. Jem dron aku kejap. Dalam pada masa yg sama mata aku liar mencari bunyi bingit bak tebuan besar.

Aisehmen ada dron lain terbang di tempat yg sama.

Kacau daun betul lah!

Aku ni nak shot sinematik konon... Tapi kalau dah dron aku "gantung" mcm ni terpaksa la aku panggil balik dan terbangkan semula.

Honestly aku tak berpuas hati dgn shot aku utk Masjid Kristal. Dengan cahaya muram gitu, tak berkilauan kaca-kaca pada Masjid Kristal.

Nasib badan lah kan. Nak pergi lagi malas dah aku.

Lepas bbrp kali buat penerbangan, cuaca masih jugak monyok jadi semuanya macam spoil... nak hujan tapi tak hujan jugak. Aku risau jugak tengah duk bergambar tiba2 hujan mencurah. Jadi aku percepatkan langkah.

Di Taman Tamadun Islam ni satu je target aku. Dapat bergambar dengan replika Taj Mahal ni pun bagi aku jadilah. Atau meminjam kata Ery, Tak Mahal.

Oh ya passport masuk dewasa adalah RM20. Passport tu kena bawak sebab masa nak keluar kena cop dulu.

Sekitar pukul 2 ptg gitu aku pun call driver Grab yg hantar aku ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ni utk jemput balik hotel.

Sebelum pemandu Grab tu drop aku dia ada pesan, bagus ambil nombor dia sebab kawasan sekitar tu susah sikit nak dptkan Grab.

Jadi aku pun Okeylah, no hal. Org dh offer nak bantu kan?

Sedang menunggu pemandu Grab tu aku perasan sorang mamat ni masa dekat Masjid Kristal. Dia pun macam sedang menunggu transport pick up dia. So, aku assume situlah kut tempat nak pick up jadi aku lepaklah sama jugak.

Masa mula nampak di Masjid Kristal dalam hati aku dah mengata. Eh apa mamat korea ni buat kat sini? Macam mana dia boleh terlepas ke Malaysia ni?

Kalau korea lah kan tapi sebenarnya bukan wey. Teruskan membaca... Wakakakaka...

Yalah, kan skrg ni trend korea, rambut tutup dahi, wavy2 lagi rambut mana lagi mamat tu kulit cerah ha. Tak pasal2 aku cop mamat korea terus... 

Entah macam mana kami pun bertegur sapa dan mamat korea ni memperkenalkan dirinya sebagai seorang backpacker.

Adakah aku backpacker jugak, mamat tu tanya.

Yep aku jawab. Acah-acah backpacker.

Backpacker apanyer... tempah hotel mahal?

Dari mat korea perlahan-lahan dia jadi mat backpacker. Asal Kelantan, pernah menetap di Tawau, Sabah dan baru menamatkan pengajian dalam jurusan Oil & Gas.

Jurusan apa ntah? Petroleum kut.... Jangan tanya aku korang gugel lah sendiri.

Dan yg paling aku tak tahan dia pikir aku pun sama mcm dia baru habis belajar... kira 20an lah gitu.

Aiyo dikkkk... pakcik dah tua... 40an dah pun.

Memandangkan mat backpacker mengalami sedikit masalah nak dptkan Grab aku pun pelawa dia tumpang sama balik. Kebetulan pula dia tak duduk jauh dari hotel aku menginap, lebih kurang 3-4 minit berjalan kaki.

Mat Backpacker tu ada mintak nombor, in case boleh backpacker sama katanya. Aku bagi jelah tapi rasanya itulah pertemuan pertama dan terakhir. Jumpa mana2 lepas ni komfem aku tak ingat dah.

Apa pun terima kasih lah pikir pakcik masih muda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...