Langkau ke kandungan utama

Trip Ke Terengganu Day 3

 Hari ni aku nak cabar diri sedikit menggunakan perkhidmatan bas KiTe.

Sebelum ke Terengganu ni aku dah buat research pasal bas KiTE ni. Bas KiTe ni bukan sahaja membawa pengunjung ke beberapa destinasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu, bas itu sendiri pun adalah tarikan pelancong!

Nak naik bas ni cari di Hentian Bas MBKT.


Ginilah rupa basnyer... Ada sikit macam bentuk rumah, senang nak cam. Aku mujur juga dari tempat hotel aku menginap ke perhentian bas ni hanya dalam 5 minit berjalan kaki.

Selepas merujuk jadual perjalanan dan laluan akhirnya aku ambil bas yg bergerak pada pukul 9 pagi.

Tujuan kita pagi tu adalah ke Muzium Negeri Terengganu.

Pakai bas KiTe ni tambangnya murah saja... RM2.

Sesampai saja biasalah aku, terbangkan dron dulu. Tengok guna mata burung ni mmg tak boleh nak cakaplah betapa besarnya Muzium ni. Bila dah depan mata lagi lah. Jenuh nak pusing keliling... Tapi puas hati.



Masa ni org tak ramai lagi wey. Gagau lah keluarkan kamera, GoPro lagi nak gambar, nak shoot video lagi. Kalau dah ramai org dah tak feel nak shoot. Rasa macam semua je pandang ko. 

Tukang kebun pun toksalah cakap pandai menjeling jugak! Tapi aku maafkan kau.

Siap bergambar semua, aku pun masuk. Tiket masuk pun murah je. RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM1... Jom pegi ramai2.

Aku sebenarnya pergi ke Muzium Negeri Terengganu ni dengan satu hasrat. Apa kah?

Mujur jugaklah aku tak jumpa dulu apa yg aku carik. Hujung2 baru jumpa. Kalau dah jumpa awal2 rasanya malas aku nak pusing2 dalam galeri utama tuh.


Yesza ni lah dia Batu Bersurat Terengganu.

Punyalah pusing merata. Rupanya yg paling dekat dengan pintu utama. Aku apa lagi posing lah. Semua sudut kalau boleh nak ambil gambar. 

Punya lah sakan mamat ni kan? Mana dah aku peduli orang duduk depan galeri batu bersurat ni. Kalau korang rasa meluat SILAKAN blah.

Dulu nampak gambar dalam buku sejarah je kan? Sekarang dah nampak dengan mata kepala sendiri.

Menarik jugak utk tahu sejarah penemuan batu bersurat ni dan isi kandungan Batu Bersurat.

Macam biasa takdan nak baca on site. Gambar dulu nanti sebelum tidur boleh semak. Aku pun malas nak citer panjang bagus korang pegi sendiri.

Sikit-sikit nak sedut dari orang lain kan?

OK, kita move on.

Ikutkan ada lagi galeri lain di luar, tapi aku dah macam tak larat. Rujuk jadual bas KiTe akan sampai lagi sekitar 1.30 ptg.

Memandangkan aku dah penat, aku panggil Grab je. Jam waktu tu baru pukul 12. Biasalah usia nak kata tua tak, muda pun tak tapi badan dah tak secergas dulu lah gitu.

Sebelum balik bilik aku singgah Plan A. Aku pun tak ingat apa yg aku pesan. Lapar sangat agaknya sampai gambar pun aku lupa.

Dah isi tembolok aku rehat dan petang tu aku ke Dataran Syahbandar lagi untuk bergambar dengan Jambatan Angkat. Rasa itu je kot aktiviti hari ni.

Thats a wrap for today!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...